Temubual Coffee Table Book “50 Jewels Of UPM”: Bersama Prof. Dr Abdul Jalil M Khalaf | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Temubual Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Prof. Dr Abdul Jalil M Khalaf

Temubual Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Prof. Dr Abdul Jalil M Khalaf

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 28 Julai 2021, telah berlangsung satu temubual Bersama tokoh alumni UPM kelas 2010, Prof. Dr Abdul Jalil Khalaf, dari Kementerian Pengajian Tinggi Dan Penyelidikan Saintifik, Baghdad.

Prof. Dr Abdul Jalil telah memperoleh PhD dan Pasca Doktor Falsafah dalam Teori Draf dari UPM dan sebelum itu beliau telah memperoleh  Bachelor Sains dan Sarjana Sains dalam bidang Matematik dari Fakulti Sains Universiti Mosul, Iraq. Beliau juga bayak terlibat selaku editor dan pengulas untuk banyak jurnal antarabangsa dan beliau juga merupakan ahli American Society of Mathematics, The Society of Mathematical Biology da juga merupakan Ahli Kanan Persatuan Antarabangsa Sains Computer dan Teknologi Maklumat. 

Selaku alumni UPM pencapaian dan kepakaran dalam bidang sains teknologi dan matematik amat membanggakan UPM. Banyak lagi kisah dan kepakarannya akan dimuatkan ke dalam Buku Coffee Table Book 50 Jewels of UPM.

Coffee Table Book 50 Jewels of UPM ini diterbitkan khas sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021) yang akan dilancarkan pada Majlis Makan Malam Sireh Pulang Ke Gagang yang dijadual berlangsung pada tahun 2022. 

Program yang pada awalnya dirancang pada penghujung tahun 2021 terpaksa ditunda selepas mengambil kira status wabak pendemik Covid-19 yang masih melanda negara. 

ARCUPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Dr. Abdul Jalil Khalaf atas kesudian ditemubual secara dalam talian oleh pihak ARCUPM.  

 

Tarikh Input: 31/08/2021 | Kemaskini: 31/08/2021 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETWAr~