Tahniah Prof. Dr. Ismi Arif Ismail Atas Pelantikan Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Tahniah Prof. Dr. Ismi Arif Ismail Atas Pelantikan Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Tahniah Prof. Dr. Ismi Arif Ismail Atas Pelantikan Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 27 April – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan pelantikan Prof. Dr. Ismi Arif Ismail dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk tempoh selama tiga tahun bermula 25 April 2022 hingga 25 April 2025. 

Pelantikan beliau ini adalah bagi menggantikan Prof. Dr. Iqbal Saripan yang telah tamat tempoh lantikannya pada 14 Februari 2022 yang lalu. 

Beliau telah berkhidmat di UPM selama 22 tahun dan telah menjawat pelbagai jawatan antara sebagai Ketua Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan pada 2008, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Fakulti Pengajian Pendidikan antara  2012-2013 dan 2017-2022. 

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UPM pada tahun 2020 hinggan 2022. 

Banyak lagi pencapaian yang telkah diraih oleh beliau sama ada dalam negara dan juga luar negara. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan tahniah atas pelantikan ini dan selamat menjalankan tugas kepada Prof. Dr. Ismi Arif Ismail. 

Tarikh Input: 27/04/2022 | Kemaskini: 17/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdXAg~