Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia

Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Abdul Rahim Harun, Alumni UPM kelas 1998 atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia. 

Dr. Abdul Rahim mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian, UPM pada tahun 1988 dan Ijazah Sarjana dalam bidang ‘Applied Genetics’ dari University of Birmigham, United Kingdom pada tahun 1998, sebelum melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran dalam bidang genetik di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2010.

Beliau juga pakar nuklear dalam bidang pembaikan mutasi tanaman dan pernah menjalankan beberapa misi pakar bagi pihak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Laos dan Mauritius. 

Beliau juga mendapat Ijazah Pertama Kejuruteraan Mekanikal dari University of The Pacific, Amerika Syarikat dan pada tahun 1990 dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama dari UPM pada 2015. 

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan sekali lagi setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian dan juga atas pelantikan ini.

Tarikh Input: 28/04/2022 | Kemaskini: 17/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETPA3~