Sesi Temubual Coffee Table Book “50 Jewels Of UPM”: Bersama Dr. Salwa Abu Bakar | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Temubual Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Dr. Salwa Abu Bakar

Sesi Temubual Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Dr. Salwa Abu Bakar

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG – 28 Jun 2021, seorang lagi permata terbilang alumni UPM berjaya diadakan temubual iaitu Dr. Salwa Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Syarikat Faiza Sdn Bhd. Beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang perniagaan malahan telah berjaya menerbitkan buku kisah perjalanan menuju kejayaan syarikat yang diusahakan oleh keluarganya iaitu Faiza Sdn Bhd.

Sesi temubual yang dikendalikan oleh Cik Aida Fitri Peli itu membuka perkongsian yang begitu menarik menceritakan mengenai perjuangan sebagai seorang usahawan dan juga pencinta ilmu.

Kisah-kisah ini boleh dibaca dalam Coffee Table Book “50 Jewels of UPM” yang diterbitkan khas sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).

Selain Dr. Salwa, ramai lagi permata Alumni UPM yang dibakal dikisahkan ke dalam buku ini. Ke semua mereka ini adalah alumni UPM yang telah terbukti kejayaannnya dalam bidang masing-masing dan tidak kira bidang akademik dan juga perkhidmatan.

Coffee Table Book ‘50 Jewels of UPM’ merupakan sebuah buku yang diilhamkan untuk memaparkan barisan alumni Universiti Putra Malaysia tahun 1971-2021. Barisan alumni ini ibarat benih yang baik, dicampak ke laut menjadi mutiara, dihampar ke darat menjadi permata, di lambung ke angkasa menjadi kejora yang mempersona.

 

 

 

Tarikh Input: 31/08/2021 | Kemaskini: 31/08/2021 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDcXA5~