Sesi Taklimat Penyelarasan Dan Pembaharuan Laman Sesawang Pusat Perhubungan Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Taklimat Penyelarasan dan Pembaharuan Laman Sesawang Pusat Perhubungan Alumni

Sesi Taklimat Penyelarasan dan Pembaharuan Laman Sesawang Pusat Perhubungan Alumni

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 2 Ogos 2021, telah berlangsung satu sesi taklimat penyelarasan dan pembaharuan laman sesawang Pusat Tanggungjawab (PTJ) Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) bersama Penolong Pendaftar, Pusat Perhubungan Alumni UPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan.

 

Sesi taklimat yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar itu telah dihadiri oleh keseluruhan staf ARCUPM. Taklimat yang berlangsung selama satu jam itu memberi input-input penting mengenai matmat dan kandungan yang perlu diperbaharui dan dinaik taraf ke dalam lawan sesawang ARCUPM.

Menyedari laman sesawang adalah penghubung dan penyalur maklumat kepada alumni di luar di sana, beberapa perkara penting perlu diambil perhatian untuk ditambah baik. Selaku Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam menyampaikan perkembangan semasa alma mater kepada semua alumni tidak kira dalam negara mahupun luar negara, kandungan yang disajikan perlu menepati standard yang ditetapkan oleh pihak universiti.

Sehingga kini, jumlah alumni yang dikemaskini mencecah hampir 145,000 orang,  maka setiap berita, maklumat dan pencapaian sama ada alumni, pelajar mahupun universiti akan disalurkan ke dalam lawan sesawang ini. Setiap berita dan maklumat yang disalurkan mengutamakan kesahihan dan ketepatan berita yang disampaikan untuk menjaga imej universiti itu sendiri.

Terdahulu, PTJ ARCUPM merupakan sekretariat Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM. Justeru, ARCUPM telah merangka dan menjalankan pelbagai aktiviti bersempena sambutan perayaan ini.

Antara aktiviti yang telah berjaya diadakan adalah UPM Alumni Golden Fit iaitu aktviti kecergasan secara maya. Penyertaan dibuka kepada alumni, staf, pelajar dan orang awam pada Februari 2021 dan telah berakhir pada Mei 2021. Lebih istimewa program ini telah berjaya dicatatkan dalam Malaysian Book of Record dengan 6201 penyertaan alumni.

Para alumni juga dialu-alukan untuk mengemaskini maklumat terkini masing-masing dengan klik pada pautan berikut. http://www.alumni.upm.edu.my/kemaskini_alumni-2045.

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXERCAG~