Sesi Perbincangan Untuk Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming Kali Ke-11 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Perbincangan Untuk Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming Kali ke-11

Sesi Perbincangan Untuk Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming Kali ke-11

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 11 Ogos  - Sesi perbincangan bersama Prof. Dr. Loh Teck Chwen, Pengarah University Community Transformation Centre UPM (UCTC) untuk penajaan Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XI 2022. 

Pusat Perhubungan Alumni bersama Persatuan Alumni UPM diberikan sekali lagi tanggungjawab selaku sekretariat Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming Xi 2022 kali ini. 

Keterlibatan dan kebersamaan semua pihak dalam menjayakan majlis yang penuh gilang gemilang dan merupakan acara tahunan universiti amat dialu-alukan. 

Program yang dimulakan semenjak 2001 ini, turut dimasukkan ke dalam kalendar program Majlis Kemuncak Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM yang mana sangat mengalu-alukan penyertaan daripada seluruh alumni UPM, rakan universiti, badan korporat, pemegang taruh dan individu yang berminat untuk menyumbang dan menghadiri majlis ini. Penganjuran majlis pada kali ini bertepatan untuk meningkatkan pendanaan bagi pemberian biasiswa, dermasiswa dan bantuan kewangan pelajar terutama pelajar dalam kalangan B40, asnaf dan juga pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sebagai tanda sokongan kepada majlis ini, keberangkatan Tuanku Canselor UPM, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ke majlis ini juga menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga UPM dan alumni untuk sama-sama hadir meraikan majlis yang penuh gilang gemilang ini.

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 02/02/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZBA0~