Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming XI, 2022 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XI, 2022

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XI, 2022

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG, 9 September - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XI, 2022 telah berlangsung dalam membuat pelarasan mengenai perjalanan program pada 1 Oktober 2022 nanti. 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) memberi penekanan dan tumpuan kepada perjalanan majlis yang bakal berlangsung tidak lama lagi. 

Majlis Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XI, 2022 kembali diadakan selepas edisi 2020 tidak dapat dilangsungkan akibat pandemik covid-19 yang melanda negara. 

Pada mesyuarat kali ini, penekanan diberikan agar semua warga UPM yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung memberikan komitmen yang tinggi memandangkan ini adalah satu majlis universiti. 

 

Pusat Perhubungan Alumni UPM selaku sekretariat utama penganjuran diberikan amanah ini sekali lagi untuk memastikan perjalanan majlis berjalan seperti dirancangkan. 

Lebih istimewa edisi kali ini Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Canselor UPM, turut berkenan hadir ke Majlis Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming pada edisi kali ini. 

Keberangkatan hadir Tuanku Canselor ini juga menyuntik semangat kebersamaan dan bekerjasama di kalangan warga UPM agar majlis yang merupakan tradisi UPM ini berjalan dengan lancar. 

Majlis ini juga merupakan satu paltform untuk para alumni UPM berkumpul dan seterusnya membina jaringan yang lebih kukuh antara alumni dan alma mater dalam usaha membawa alumni kembali menyumbang kepada alma mater tercinta. 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 11/04/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZEAr~