Sekitar Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pak Rashid | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sekitar Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pak Rashid

Sekitar Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pak Rashid

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG, 1 Julai - Mesyuarat ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Pak Rasyid telah berlangsung yang telah dipengerusikan oleh YH. Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Roslan Sulaiman. 

Pada mesyuarat ini adalah bagi membincangkan mengenai penambahbaikkan ke atas pemberian biasiswa Yayasan Pak Rasyid. Pada mesyuarat ini juga adalah untuk membincangkan mengenai dana Yayasan Pak Rasyid pada masa akan datang. 

Menerusi Yayasan Pak Rasyid telah ramai pelajar UPM yang menerima manfaatnya. Sebilangan pelajar yang telah dikenalpasti dan berkompentasi untuk meraih kecemerlangan dan tidak berkemampuan telah berjaya dibantu dan akhirnya mereka ini berjaya. 

Melihat kepada hasil daripada pemberian biasiswa ini telah banyak membantu pelajar berjaya, Yayasan ini perlu lebih aktif mencari dana untuk terus memberi manfaat kepada para pelajar cemerlang dan memerlukan bantuan dari sudut kewangan. 

objetif utamanya adalah untuk tidak mahu pelajar-pelajar cemerlang ini tercicir daripada pelajaran disebabkan kekangan kewangan. 

Menerusi mesyuarat bersama ahli pemegang amanah ini, kesepakatan dan keserakanan dalam meneruskan usaha meningkatkan dana perlu dilakukan. 

Oleh itu, para alumni UPM di luar sana, amat dialu-alukan kebersamaan untuk sama-sama membantu alma mater dan seterusnya bantuan itu disalurkan semula kepada para pelajar UPM yang memerlukan. 

Menerusi mesyuarat itu pelbagai idea dan pandangan telah dberikan oleh ahli pemegang amanah untuk terus membawa hala tuju yayasan ini dan terus menyumbang bakti kepada para pelajar yang memerlukan. 

kebersamaan inilah yang diharapkan dalam membawa UPM ke mercu kecemerlangan yang tinggi tidak hanya dalam negara malah di peringkat antarabangsa. 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYMA3~