SEBA Siri 27 – Hani Nadhirah Ajak Pelajar Asah Bakat Dan Kemahiran Dengan Sertai Persatuan Dan Kokurikulm | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SEBA Siri 27 – Hani Nadhirah Ajak Pelajar Asah Bakat dan Kemahiran Dengan Sertai Persatuan dan Kokurikulm

SEBA Siri 27 – Hani Nadhirah Ajak Pelajar Asah Bakat dan Kemahiran Dengan Sertai Persatuan dan Kokurikulm

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG – 23 September 2021, Sejam Bersama Alumni UPM (SEBA) telah menampilkan Cik Hani Nadhirah Binti Basir, iaitu alumni kelas (2015, 2019 dan 2021). Bermula dengan Asasi Pertanian pada tahun 2014 hingga 2015, kemudian beliau menyambung pengajian pada peringkat Becelor Pendidikan Sains Pertanian pada tahun 2015 hingga 2019. Minatnya yang mendalam dalam bidang Pendidikan dan juga rasa ingin mempersiapkan diri dengan ilmu sebagai pengajar sebelum menceburi bidang pekerjaan. 

Selama tujuh tahun beliau di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan berjaya menamatkan Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Psikologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan telah membawa beliau kini berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Pusat Asasi Pertanian. 

“Pada semester kedua ketika saya sedang mengikut pengajian peringkat master, saya ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar di situ. Pada awalnya rasa berbelah bahagi sama ada untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Ini memandangkan saya sudah letakkan target bahawa saya tidak akan bekerja dan belajar dalam waktu yang sama. Saya merujuk kepada keluarga terutama ibu mengenai tawaran ini dan ibu meminta saya fikirkan dengan sebaiknya. Ini kerana peluang tidak selalunya datang. Jadi saya anggap ini peluang untuk saya. Saya perlu cabar diri saya untuk lakukan dua benda ini serentak. Apa yang penting saya perlu urusakan masa saya dengan sebaiknya. Akhirnya saya terima tawaran dan alhamdulillah saya juga mampu tamatkan pengajian master saya dalam jangka waktu yang diitetapkan juga,” ujar beliau. 

Tambahnya, apa yang cuba disampaikan kepada pelajarnya dan juga pelajar UPM yang turut Bersama-sama mengikut program SEBA secara dalam talian itu adalah, pengurusan masa, kerja keras tanpa mengaku kalah, cari lingkungan kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan itu adalah penting. 

Disamping itu, jadi pelajar yang aktif iaitu aktif dengan persatuan ataupun kegiatan kokurikulm lain, adalah penting untuk mengasah bakat dan kemahiran. 

“Anda perlu pilih yang boleh memberi kelebihan kepada diri. Persatuan ataupun aktiviti yang boleh anda belajar sesuatu yang berguna kelak. Contohnya untuk pengucapan awam, ketahanan diri dan mental. Ini penting apabila anda keluar dan bekerja kelak. UPM ini terlalu banyak persatuan dan aktiviti yang boleh anda sertai. Ambil peluang ini sebaiknya untuk anda persiapan diri sebelum bergraduat dan menempuh alam pekerjaan.” Akhirinya. 

SEBA merupakan program yang diwujudkan khas untuk para alumni berkongsi pengalaman dan kejayaan Bersama pelajar UPM. Melalui perkongsian ini dapat memberikan keyakinan dan jalan untuk para pelajar mencorakkan kejayaan mereka pula apabila bergraduat kelak. 



Tarikh Input: 08/11/2021 | Kemaskini: 03/02/2023 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUHAv~