SUKARELAWAN UPM PEDULI COVID-19: 6600 KIT 3K DIHASILKAN | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SUKARELAWAN UPM PEDULI COVID-19: 6600 KIT 3K DIHASILKAN

SUKARELAWAN UPM PEDULI COVID-19: 6600 KIT 3K DIHASILKAN

 
1 Mac 2021,Serdang, Sebagai solidariti bersama pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan COVID-19 dan merawat pesakit yang sedia ada, mendorong UPM mengambil inisiatif dengan memberi bantuan daripada sudut penyediaan tempat untuk penyimpanan dan bungkusan kit bantuan kepada petugas barisan hadapan dan pesakit COVID-19. Program anjuran MyFundAction dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM dan Chapter Alumni Yosh UPM bertujuan untuk membantu meringankan beban dan memberi sokongan moral kepada yang memerlukan.
 

Aktiviti yang bermula dari 26 Februari sehingga 01 Mac ini bertempat di Pusat Perhubungan Alumni, Bangunan TNCPI UPM. Aktiviti ini berlangsung selama empat hari dengan penglibatan seramai 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar di kolej kediaman, staf UPM, ahli sahabat masjid UPM, sukarelawan Chapter Alumni Yosh UPM, sukarelawan YOSH MyFundAction serta wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyerlahkan sifat keprihatinan mereka dalam bersama-sama mendepani cabaran penularan pandemik COVID-19 dengan tampil menghulurkan bantuan bagi menyiapkan pembungkusan kit bantuan 3K ini. Antara kit bantuan yang disediakan adalah set peralatan kebersihan diri, set makanan kering, pek makanan ready to eat, set peralatan perlindung diri (PPE), lampin dewasa dan kanak- kanak serta tablet dan komputer riba.
 


Wakil pelajar, Fatin Aisyah, pelajar perubatan tahun 4, memilih untuk menyertai sukarelawan UPM Prihatin dalam menyediakan kit bantuan kerana mahu membantupesakit dan petugas barisan hadapan yang pada ketika ini sangat memerlukan peralatan perlindungan diri (PPE) dan set penjagaan diri dalam mengekang penularan COVID-19. Beliau berkata, memandangkan tempoh aktiviti pembungkusan kit ini adalah dalam fasa peperiksaan akhir, ini tidak menjadi halangan kepada pelajar di dalam kampus untuk turut serta dan mereka telah menyusun jadual dengan baik sepanjang 4 hari aktiviti ini dijalankan. “Kami berharap Program UPM Prihatin: Kit 3K (keselamatan, kesihatan dan keriangan) ini memberi impak berguna kepada masyarakat selain menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat kerana aktiviti tersebut tidak perlu dilakukan secara sepenuh masa, sebaliknya dilakukan secara berjadual dengan kerjasama pelbagai pihak. “Kami juga berharap kit bantuan yang disediakan ini sedikit sebanyak membantu dalam meringankan beban pesakit dan petugas barisan hadapan di PKRC MAEPS,” katanya.

Dalam usaha melahirkan graduan yang holistik, teras kesukarelawanan menjadi elemen utama untuk memupuk budaya cakna pelajar dalam menangani penularan pandemik COVID-19. Inisiatif yang dilakukan oleh UPM bersama MyFundAction ini selari untuk mencapai Matlamat pembangunan Mapan (SDG) yang ketiga iaitu Good Health & Well Being. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk agihan 1600 pek makanan dan set PPE kepada petugas barisan hadapan serta agihan 5500 pek
makanan dan kit kebersihan kepada pesakit yang berjumlah RM 660, 210. Justeru, usaha ini dilakukan adalah untuk memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua lapisan umur.
 


Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Prof. Madya Dr. Arba’ie bin Sujud, dalam kenyataan ringkasnya turut mengucapkan terima kasih kepada barisan sukarelawan dan alumni yang turut serta selama 4 hari. “Alumni menjadi penghubung agensi luar ke dalam UPM seperti NGO untuk aktiviti kerjasama, seperti yang dicontohkan oleh Chapter Alumni Yosh UPM. Ekspetasi orang luar kepada UPM sebagai fungsi untuk anak muda bersama menggembleng tenaga secara kolektif dan bukan sahaja kerajaan yang mengambil tanggungjawab ini”.


(Encik Syafiq Hariz bin Mohd Hanafiah)

 

Tarikh Input: 01/03/2021 | Kemaskini: 03/03/2021 | sufian.ismail

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdXAD~