PDRM, ATM DAN PPJ SERTAI ALUMNI GOLDEN FIT X VIP RIDE UNTUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT NORMA BAHARU | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PDRM, ATM DAN PPJ SERTAI ALUMNI GOLDEN FIT x VIP RIDE UNTUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT NORMA BAHARU

PDRM, ATM DAN PPJ SERTAI ALUMNI GOLDEN FIT x VIP RIDE UNTUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT NORMA BAHARU

Oleh : Mohamad Norfarhan Norzaini

SERDANG, 1 April – Telah berlangsung acara berkuda sejauh 5 Kilometer (KM) yang disertai oleh Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia, Pusat Berkuda Angkatan Tentera Malaysia (MAFEC) dan Perbadanan Putrajaya. Acara ini merupakan acara gabungan bersama Universiti Putra Malaysia. Aktiviti berkuda ini telah bermula dari Unit Ekuin, Taman Pertanian Universiti, UPM dan berakhir di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. Ini merupakan acara gabungan di antara UPM Alumni Golden Fit dan program VIP Ride.

Antara tetamu kehormat yang sudi hadir pada hari ini terdiri daripada 4 orang daripada Polis Diraja Malaysia, 3 daripada Pusat Berkuda Angkatan Tentera Malaysia (MAFEC) dan 5 orang daripada Perbadanan Putrajaya. Mereka telah disambut oleh pihak Universiti Putra Malaysia seawal jam 6.00 pagi lagi.

Tepat jam 9.00 pagi acara ini mula melabuhkan tirai dengan acara terakhir adalah sesi bergambar berlatarbelakangkan pemandangan Unit Ekuin, Taman Pertanian Universiti, UPM sebagai kenang- kenangan.

Acara yang julung kali diadakan ini adalah untuk menyemarakan lagi Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2020) dikalangan masyarakat awam. Untuk makluman sambutan gilang gemilang ini sedang berlangsung sepanjang tahun 2021 sebagai tanda simbolik dalam meraikan ulang tahun ke 50 penubuhan UPM ( 1971-2020).

Demi menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengamalkan norma baharu disamping merayakan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM ini, Universiti Putra Malaysia sedang menganjurkan program UPM Alumni Golden Fit yang telah bermula pada 5 Februari yang lalu dan akan berakhir pada 20 Mei 2021. Aktiviti kecergasan secara maya ini juga boleh disertai oleh orang awam dan penyertaan boleh didaftarkan secara atas talian dengan melayari laman sesawang seperti berikut https://linktr.ee/alumnigoldenfitupm.

Tarikh Input: 02/04/2021 | Kemaskini: 02/04/2021 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZIA7~