MEKAR SIRI 6 : Majlis Reunion Alumni Kolej Kediaman Cikgu Rashid (KKCR) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MEKAR SIRI 6 : Majlis Reunion Alumni Kolej Kediaman Cikgu Rashid (KKCR)

MEKAR SIRI 6 : Majlis Reunion Alumni Kolej Kediaman Cikgu Rashid (KKCR)

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 6 MAC – Pertemuan penuh nostalgik telah berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSASS) UPM yang membawa kenangan puluhan tahun lalu menggamit kembali. 

Seramai hampir 60 orang Alumni KKCR telah bersama-sama menghadiri Majlis Minum Petang. Paling istimewa majlis petang itu turut dihadiri oleh Ybhg Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Yang Hormat Prof.  Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman. 

Mengambil kesempatan pada pertemuan alumni KKCR itu, Pusat Perhubungan Alumni telah membuka kaunter pendaftaran alumni bagi Sistem Maklumat Alumni (AIS). 

Para alumni diminta dan dialukan-alukan untuk mengemaskini dan juga mendaftar ahli di portal AIS. Portal ini akal menjadi penghubung dan penyampaian maklumat kepada alumni UPM di luar sana. Setiap aktiviti, program dan jika alumni ingin menyumbang kembali segala maklumat tersedia di portal AIS. 

Portal ini juga dibangunkan khas untuk memudahkan para alumni berhubung kembali bersama alma mater dan seterusnya menyumbang kembali demi kelestarian ilmu kepada generasi akan datang. 

Bagi alumni yang ingin mendaftar masuk ke sistem AIS boleh terus ke pautan SILA KLIK DI SINI

Tarikh Input: 18/03/2022 | Kemaskini: 22/03/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdNAI~