MEKAR SIRI 11 : ALUMNI MATRIKULASI UPM, KOLEJ ISLAM YAYASAN PELAJARAN JOHOR (KIJ) 1998/1999 MENGIMBAU KENANGAN LALU | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MEKAR SIRI 11 : ALUMNI MATRIKULASI UPM, KOLEJ ISLAM YAYASAN PELAJARAN JOHOR (KIJ) 1998/1999 MENGIMBAU KENANGAN LALU

MEKAR SIRI 11 : ALUMNI MATRIKULASI UPM, KOLEJ ISLAM YAYASAN PELAJARAN JOHOR (KIJ) 1998/1999 MENGIMBAU KENANGAN LALU

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SHAH ALAM , 4 JUN - Perjumpaan semula Alumni Matrikulasi UPM, Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KIJ) bagi tahun 1998/1999 menggamit kembali kenangan lalu. pertemuan yang diadakan di Kediaman Menteri Besar Selangor mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada alumni KIJ. 

Menerusi program Menggamit Seribu Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) Siri 11, Pusat Perhubungan Alumni UPM membawa kembali alumni KIJ ke alma mater. Perjumpaan ini telah menggamit semula kenangan bersama rakan-rakan yang telah ditinggalkan dan mungkin sekian lama tidak berjumpa. 

YAB Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan ini dengan kerjasama daripada Pusat Perhubungan Alumni UPM, usaha ini menemui titik kejayaan. 

Pada sesi perjumpaan itu, kehadiran para alumni telah menunjukkan kebersamaan dan semangat kekitaan para alumni untuk bersama-sama alma mater jelas kelihatan. Mereka telah menunjukkan tanggungjawab yang tinggi kepada alma mater apabila bersama-sama kembali ke alma mater dan terus menghulukan sumbang bakti untuk manfaat universiti dan pelajar UPM. 

 

Pada sesi pertemuan itu juga, mereka mengambil kesempatan untuk bersama-sama mengadakan tahlil untuk rakan-rakan yang telah tiada. Pelbagai pengisian lain dilakukan antaranya terus membincangkan cara dan usaha yang boleh dilakukan dalam bersama-sama melonjakkan alma mater tercinta ke mercu kejayaan yang lebih tinggi.  

 

Pusat Perhubungan Alumni selaku entiti yang banyak terlibat dengan alumni UPM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh alumni UPM yang telah bersama-sama universiti mendokong dan menyokong visi dan misi universiti sehingga Universiti Putra Malaysia terus cemerlang bukan sahaja dalam negara malahan hingga ke peringkat antarabangsa.  

Tarikh Input: 29/06/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYJAq~