MEKAR SIRI 10 : SESI PENDAFTARAN PARA ALUMNI KOLEJ PERTANIAN MALAYA 1972 (KPM72) MENGGAMIT SERIBU MEMORI | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MEKAR SIRI 10 : SESI PENDAFTARAN PARA ALUMNI KOLEJ PERTANIAN MALAYA 1972 (KPM72) MENGGAMIT SERIBU MEMORI

MEKAR SIRI 10 : SESI PENDAFTARAN PARA ALUMNI KOLEJ PERTANIAN MALAYA 1972 (KPM72) MENGGAMIT SERIBU MEMORI

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

 

SERDANG, 4 JULAI – Menggamit Kenangan Alumni Reunion Siri ke-10 bermula pada hari ini. Program yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia selama tiga hari dua malam bermula 4 hingga 6 Julai 2022 telah berjaya menghimpunkan bekas pelajar dari Kolej Pertanian Malaya 1972 yang kini menyambut jubli emas 50 tahun KPM.

Hampir 100 orang alumni KPM 1972 telah kembali kampus hijau untuk sama-sama menyambut perayaan jubli emas mereka. UPM dipilih sebagai destinasi pertemuan kerana di sini segalanya memori mereka tercipta dan kembalinya ke sini ibarat sirih pulang ke gagang.

Pada masa yang masa, ‘kepulangan’ ini juga dapat melihat sejauhman perkembangan bukan sahaja dari sudut fizikal malah sudut akademik yang kini berada pada peringkat penarafan yang sangat cemerlang bukan sahaja di Malaysia malahan di peringkat luar negara.

Pelbagai acara dan program yang telah dirangka oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM bersempena menyambut kembalinya para alumni ini.

Pada hari pertama kembalinya para alumni ini ke alma mater, acara pemanas badan, iaitu Golf sudah berlangsung seawal jam tujuh pagi yang turut disertai oleh YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia merangkap Pengerusi Alumni KPM 1972. Manakala pada sebelah tengahari, para alumni perlu mendaftar masuk kehadiran dan mengambil kunci bilik masing-masing di dataran Kolej Mohamad Rasyid (KMR).

 

Pada sesi pendaftaran masing-masing teruja apabila kelibat rakan-rakan yang lama tidak berjumpa turut hadir. Kemeriahan turut terasa apabila para alumni bersepakat untuk masing-masing membawa makanan ‘pot luck’ untuk hidangan tengahari mereka yang berlangsung di Kafe KMR One Putra Residence.

Sesi pendaftaran selesai sekitar jam 5 petang dan pada sebelah malamnya, para alumni turut mengadakan tahlil untuk para sahabat yang sudah tiada.

Tarikh Input: 06/07/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYAA7~