MEKAR 4.0 : Sederap Melangkah Menuju Al Falah, Chapter Alumni Sastera Dan Budaya Menyumbang Peranti Kepada Pelajar UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MEKAR 4.0 : Sederap Melangkah Menuju Al Falah, Chapter Alumni Sastera dan Budaya Menyumbang Peranti kepada Pelajar UPM

MEKAR 4.0 : Sederap Melangkah Menuju Al Falah, Chapter Alumni Sastera dan Budaya Menyumbang Peranti kepada Pelajar UPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

Terjemahan BI : Siti Nur’Ain Feisal 

Foto : Muhammad Farhan Afif Nazri

SERDANG, 22 FEB – Bertempat di Bilik Eksekutif, Pejabat Naib Canselor, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi menganjurkan Program Menggamit Seribu Kenangan: Alumni Reunion (MEKAR) Siri 4.0. 

Program ini adalah untuk meraikan penubuhan Chapter Alumni Sastera dan Budaya yang telah dirasmikan oleh Ybhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM dan disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM.

Tiga orang pelajar daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah terpilih sebagai penerima peranti daripada Chapter Alumni Sastera dan Budaya. Mereka ialah, Saudari Amysha Aziza Abd Azid (Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu, Tahun 2, Semester 3), Saudara Badrul Anas Sabri (Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu, Tahun 3, Semester 5) dan juga Saudara Wan Ahmad Amiruladha Wan Mahzir (Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu, Tahun 3, Semester 5).

Menurut Pof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Chapter ini ditubuhkan atas semangat untuk sama-sama menyumbang kepada pelajar yang memerlukan terutamanya pelajar daripada FBMK. Dengan sumbangan ini dapat membantu pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan peranti sendiri dan sekaligus dengan bantuan ini dapat menyemarakkan lagi semangat untuk berjaya dalam kalangan pelajar. 

“Tarikh 22.02.2022 merupakan tarikh yang bersejarah dan berkat kerana pada tarikh ini Chapter Alumni Sastera dan Budaya telah dapat menyampaikan sumbangsihnya kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui sumbangan peranti kepada para pelajar yang berkepentingan. Melalui sumbangan ini juga menunjukkan Chapter Alumnni Sastera dan Budaya telah bersama-sama dengan seruan daripada menara ilmu iaitu ‘’Sederap Melangkah Menuju Al-Falah” yang dilaungkan oleh Naib Canselor UPM iaitu Prof. Dr. Roslan Sulaiman. 

Usaha ini juga bagi membolehkan segala aktiviti yang berkaitan dengan sastera dan budaya untuk dilestarikan sebagai satu disiplin ilmu di UPM, dan salah satu usaha yang telahpun kami gerakkan ialah melalui sumbangan peranti yang diusahakan oleh sebahagian alumni UPM khususnya dalam bidang sastera dan budaya. Ini merupakan langkah pertama, dan kami tidak akan berhenti di sini, malah kami akan terus ke hadapan untuk memastikan apa yang diusahakan ini mencapai apa yang dihasratkan oleh Universiti. 

Dalam rangka gerakan yang seterusnya ialah usaha untu penerbitan buku Wira Putra sebagai salah satu sumbangsih Chapter ini juga kepada universiti. Ini selari dengan projek yang bakal dijalankan iaitu Misi UPM@Everest. Salah satu pengisian dalam buku ini ialah puisi yang akan digarap oleh Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan yang juga alumni UPM. 

Selain itu gerakan kami juga adalah dalam usaha untuk membawakan Bicara Putra Gemilang, iaitu dari hasil lagu yang ditulis oleh Dermawijaya yang penuh dan sarat dengan amanah yang perlu diambil sebagai tanggungjawba oleh semua warga UPM. 

Kepada para pelajar yang menerima sumbangan peranti, ini juga satu amanah dan tanggungjawab kerana suatu hari nanti anda juga harus kembali menyumbang bakti kepada universiti dalam memastikan kelangsungan kecemerlangan universiti itu akan berterusan.” ucapnya pada majlis itu. 

Turut hadir adalah penyumbang peranti, Prof. Madya Dr. Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi dan Prof. Madya Dr. Roslina Abu Bakar. 

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 01/03/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUGAO~