MegaChili Sembang Santai Siri 3 – Kaji Kadar Sara Diri Tanaman Bantu TIngkatkan Harga Jualan | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MegaChili Sembang Santai Siri 3 – Kaji Kadar Sara Diri Tanaman Bantu TIngkatkan Harga Jualan

MegaChili Sembang Santai Siri 3 – Kaji Kadar Sara Diri Tanaman Bantu TIngkatkan Harga Jualan

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG – 10 September 2021, Sembang Santai MegaChili 2021 untuk Siri ketiga bersama Saudara Khairul Amirin Khairuddin berlangsung dengan lancarnya. Perkongsian ini sebagai satu langkah perkongsian ilmu daripada pelajar untuk pelajar. 

Saudara Khairul Amirin Khairudin adalah Ketua Projek AIMAC UPM di bawah Geran Aktiviti jalinan Alumni Mjalis Perwakilan pelajar. Beliau juga pelajar Bacelor Pertanian di Fakulti Pertanian UPM. 

Pada siri yang pertama Saudara Khairul Amirin telah berkongsi input mengenai pentingnya ilmu pemasaran sebagai persediaan untuk menjadi usahawan tani dan menentukan harga produk yang dijual berada di pasaran. Kali ini, Saudara Khairul Amirin berkongsi input betapa pentingnya mengambil tahu mengenai Kadar Sara Diri (SSR) satu-satu jenis tanaman itu untuk memastikan permintaan dan pengeluaran setara. 

Menurutnya, SSR cili di Malaysia hanyalah pada kadar 30.9 peratus mengikut kepada Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu statistic terkini 2020. Melihat kepada jumlah statistik ini ternyata permintaan terhadap cili adalah tinggi namun pnegeluarannya masih rendah dan ia akan mempengaruhi harga cili dipasaran. Apabila permintaan tinggi tetapi pengeluaran rendah, harga akan melambung tinggi. Namun apa yang terjadi pada hari ini ia telah membuka ruang kepada pengimport haram yang akan menjejaskan harga pasaran. 

“Jadi betapa pentingnya ilmu dalam pemasaran dan juga pentingnya kita sebagai graduan dalam bidang pertanian melakukan anjakan dalam bidang ini. Perlu ambil tahu mengenai kadar SSR sesuatu tanaman untuk memudahkan kita membuat penilaian atas setiap produk yang mana kritikal untuk diusahakan dan sekaligus dapat membantu negara menyeimbangkan antara permintaan dan pengeluaran. Ini juga dapat memberikan hasil keuntungan yang tinggi kerana permintaan yang tinggi pada setiap produk tanaman itu,” ujarnya. 

Secara kesimpulannya Sembang Santai MegaChili ini adalah satu perkongsian ataupun pemindahan ilmu yang sangat bermanfaat. Segala idea, input dan pengalaman digabungkan untuk menjayakan projek yang sedang berlangsung,  iaitu Projek MegaChili 2021.  




Tarikh Input: 30/09/2021 | Kemaskini: 04/10/2021 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUMAj~