MegaChili Sembang Santai Siri 2 – Arif Ramly Ajak Usahawan Tani Muda Ubah ‘Mind Set’ | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MegaChili Sembang Santai Siri 2 – Arif Ramly Ajak Usahawan Tani Muda Ubah ‘Mind Set’

MegaChili Sembang Santai Siri 2 – Arif Ramly Ajak Usahawan Tani Muda Ubah ‘Mind Set’

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 27 ogos 2021, Perkongsian Sembang Santai MegaChili Siri kedua diteruskan lagi dengan menjemput ahli panel Saudara Mohammad Arif bin Ramly. Beliau merupakan pelajar Bacelor Sains Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM. Saudara Arif juga merupakan pengasas kepada Arif Agro Industry. 

Selain daripada itu, Arif Ramly juga merupakan ahli Projek Inkubator KPT-CEM bagi Projek Tanaman Cili Fertigasi. Perkongsian kali ini, Saudara Arif lebih banyak berkongsi pengalaman dalam pengurusan kebun dan ladang. Harapan beliau agar kesalahan yang pernah dilaku olehnya tidak berulang kepada para peserta Projek MegaChili 2021. 

Menerusi Sembang Santai ini juga saudara Arif sempat berkongsi tip menguruskan kebun atau ladang iaitu perlu adanya 7M, iaitu; 

  1. Management
  2. Man
  3. Management
  4. Machine
  5. Mentor
  6. Material & 
  7. Money. 

Ketujuh-tujuh perkara ini perlu ada dalam diri setiap usahawan tani untuk berjaya dan perkara ini jugalah yang perlu ada dalam diri peserta Projek MegaChili 2021. 

“Apa yang boleh saya katakan kita berguru biar seribu dan gunakan setiap ilmu dan pengalaman mereka itu ke dalam tapak kebun kita. Setiap ilmu tiada salahnya, yang salah adalah cara kita gunapakai setiap ilmu yang disampaikan. Selain itu, saya juga ingin tekan kepada ‘mind set’. Sebagai generasai muda, kita perlu ada satu ‘mind set’ baru iaitu target kita bukan lagi hanya mahu kekal sebagai petani biasa, tetapi kita dengan segala ilmu yang UPM bekalkan perlu ubah ‘mind set’ iaitu kita adalah usahawan tani yang luar biasa,” ujarnya.

Terdahulu, Projek MegaChili 2021, akan dijalankan di Kolej Kediaman masing-masing di Kampus Serdang termasuk Kolej Sri Rajang, Bintulu, Sarawak.

Bengkel sebanyak lima siri sudah dijalankan bersama barisan alumni dan sebanyak tiga siri sembang santai bersama pelajar bacelor UPM yang mahir dan mempunyai pengalaman dalam sistem fertigasi akan menyusul sebagai satu sokongan semangat dan moral kepada para peserta projek. 

Tarikh Input: 30/09/2021 | Kemaskini: 04/10/2021 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaGA7~