MegaChili Sembang Santai Siri 1 – Amirin Kongsi Ilmu Bersama Rakan Projek MegaChili 2021 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MegaChili Sembang Santai Siri 1 – Amirin Kongsi Ilmu Bersama Rakan Projek MegaChili 2021

MegaChili Sembang Santai Siri 1 – Amirin Kongsi Ilmu Bersama Rakan Projek MegaChili 2021

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 20 ogos 2021, Projek MegaChili 2021 telah mengadakan satu Sembang Santai MegaChili secara dalam talian bersama panel jemputan, Saudara Khairul Amirin Khairudin. Panel kali ini adalah Ketua Projek AIMAC UPM di bawah Geran Aktiviti Jalinan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar. Beliau juga pelajar Bacelor Pertanian di Fakulti Pertanian UPM. 

Perkongsian selama satu jam itu telah memberi banyak input bermanfaat kepada peserta Projek MegaChili 2021 dari segi perkongsian pengalaman dan juga tip-tip kepada semua peserta Projek MegaChili 2021. 

Menerusi Sembang Santai ini juga, Saudara Khairul Amirin memberikan beberapa panduan dari sudut pemasaran cili. Apa yang dikongsikan, para peserta perlu bijak mengira pusingan setiap tuaian untuk mendapatkan harga pasaran yang tinggi dan memberikan keuntungan kepada penanaman. 

Selain dapat meletakkan harga yang tinggi, ilmu dari sudut pemasaran juga dapat mengurangkan risiko ketiadaan pembeli. Beliau menyarankan agar peserta bijak melakukan ‘contract farming’ agar setiap penanaman cili itu sudah ada pembeli tertentu. 

“Jika pada bulan tuaian hasil baru tentukan siapakah pembeli, ini akan membuang masa dan risiko cili tiada pembeli adalah sangat tinggi. Cili tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana risiko untuk rosak dan layu adalah sangat tinggi. Jadi awal-awal tentukan pembeli adalah jalan selamat dan dapat memberikan pulangan yang baik,” ujar Amirin. 

Projek MegaChili 2021 bakal dipelanjutan tempoh matangnya iaitu dari Mac 2021 hingga Oktober 2022 mengambil kira wabak pandemik Covid-19 yang masih melanda negara yang sedikit sebanyak memberi kekangan kepada pelajar untuk meneruskan projek penanaman. 



Tarikh Input: 30/09/2021 | Kemaskini: 04/10/2021 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdTAd~