Majlis Apresiasi Rakan Strategik Kolaborasi Dan Diskusi Pelan Kebolehpasaran Graduan MyFundAction | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Apresiasi Rakan Strategik Kolaborasi dan Diskusi Pelan Kebolehpasaran Graduan MyFundAction

Majlis Apresiasi Rakan Strategik Kolaborasi dan Diskusi Pelan Kebolehpasaran Graduan MyFundAction

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan  

 

SHAH ALAM, 3 September - Majlis Apreasiasi dan kebolehpasaran graduan oleh MyFundAction telah berlangsung dengan lancarnya. 

Pada majlis apreasiasi ini, YBhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM menerima Anugerah Sumbangsih Universiti sempena Majlis Apresiasi Rakan Strategik Kolaborasi MyFundAction. 

Generasi pelajar hari ini adalah pewaris masa hadapan. Majlis Apreasisasi yang diadakan di Shah Alam itu, membincangkan mengenai hala tuju graduan dan juga bantuan-bantuan yang boleh disalurkan kepada pelajar dalam membantu mereka menempatkan diri di pasaran kerja apabila sudah bergraduat. 

Semua pertubuhan sama ada bersifat kerajaan mahupun bukan kerajaan perlu berganding bahu untuk sama-sama mencari jalan terbaik dalam meletakkan pelajar dan mahasiswa yang kebolehpasaran mereka apabila tamat pengajian nanti. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Arba'ie atas anugerah yang diterima. 

Kejayaan generasi hari ini adalah penentu kejayaan negara pada masa hadapan. MyFundAction dan seluruh rakan strategiknya akan memainkan peranan yang lebih jitu dalam membantu graduan menembusi pasaran kerjaya pada masa hadapan. 

 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 17/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZTAL~