Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Persahabatan Boling Tenpin Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Persahabatan Boling Tenpin Alumni

Karnival Sukan Hari Alumni 21 Mei 2022; Perlawanan Persahabatan Boling Tenpin Alumni

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG - Telah berlangsung satu perlawanan persahabatan boling tenpin alumni bersempena sambutan hari alumni 21 Mei 2022. 

Perlawanan secara individu telah disertai hampir 30 orang peserta termasuk, alumni dan staf UPM. 

Perlawanan yang berlangsung di Wangsa Bowl, ioi Mall Putrajaya meriah dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para peserta yang hadir seawal jam 9 pagi di Wangsa Bowl ioi Mall Putrajaya. 

Karnival sukan yang berlangsung selama dua hari ini turut mendapat kerjasama daripada Akademi Sukan UPM dan juga Persatuan Alumni UPM. 

Semangat kebersamaan yang ditunjukkan dalam bersama mengangkat nama UPM sebagai sebuah universiti bereputasi tinggi dalam segenap acara dan bidang ini, Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih. 

Pada tahun akan datang penganjuran seperti ini akan diteruskan lagi dan sekali lagi penyertaan daripada para alumni sangat dialu-alukan. Slogan "Kami Bangga Menjadi Alumni UPM" dan "Daripada Alumni Kepada UPM" harus disemarakkan lagi.

 

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYEA0~