Enam Pelajar Bertuah Terima Sumbangan Komputer Riba Menerusi Program Putra Cakna Alumni Care : Heart To Heart | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Enam Pelajar Bertuah Terima Sumbangan Komputer Riba Menerusi Program Putra Cakna Alumni Care : Heart to Heart

Enam Pelajar Bertuah Terima Sumbangan Komputer Riba Menerusi Program Putra Cakna Alumni Care : Heart to Heart

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 30 Mei – Seramai enam orang pelajar termasuk salah seorangnya aadalah pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal menerima komputer riba-riba masing-masing yang telah disampaikan oleh Presiden Persatuan OKU Sentral Yang Berhormat Senator Datuk Ras Adiba Radzi. Majlis yang berlangsung di ruang legar Pusat Perhubungan Alumni UPM hari ini turut disekali kan dengan jamuan Aidilfitri Pusat Perhubungan Alumni UPM.

Inisiatif yang dizahirkan menerusi Program Puta Cakna Alumni Care: Heart to Heart ini adalah bermatlamat untuk membantu pelajar daripada kumpulan B40 dan asnaf yang tidak berkemampuan membeli komputer riba sendiri.

Menerusi data pelajar yang diperoleh daripada Pusat Zakat, Wakaf dan Endowment (WAZAN)  serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), ramai yang telah dikenalpasti mempunyai kekangan dalam menyediakan peranti sendiri itu. Program yang dirangka berterusan ini akan terus menyantuni pelajar tidak kemampuan ini dari semasa ke semasa.

Menurut Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud  program ini adalah program berskala berterusan. Ramai pelajar yang perlu dibantu dalam memberi kemudahan mereka untuk mengikuti pengajian masing-masing.

“Kami di Pusat Perhubungan Alumni dari semasa ke semasa sentiasa berusaha dan bergerak seiring dengan para alumni di luar sana untuk mencari pendanaan dalam usaha membantu dan menyantuni pelajar UPM yang kurang berkemampuan. Tidak kiralah sama sumbangan itu dalam bentuk biasiswa, peranti ataupun bantuan makanan kami akan terus membantu dalam sama-sama menjulang visi dan misi universiti untuk melahirkan pelajar sebagai sosok warganegara yang baik dan demi mengekalkan reputasi UPM sebagai universiti paling lestari.

Para alumni amatlah dialu-alukan untuk turut serta dalam setiap program yang dianjurkan dalam menunjukkan kebersamaan alumni untuk mebantu universiti visi dan misi yang telah dtetapkan. Hari ini, slogan #daripadaalumnikepadaUPM telah membuktikan kesepakatan alumni telah banyak memberi manfaat bukan sahaja kepada universiti tetapi yang lebih kepada keperluan pelajar terutamanya mereka yang daripada keluarga yang kurang berkemampuan,” ulas beliau.

Bagi pelajar Nurdinie Azlan yang merupakan pelajar OKU fizikal, inisiatif yang diambil oleh ARCUPM dan alumni UPM ini banyak membantu dia dan rakan-rakan yang tidak berkemampuan memiliki komputer riba sendiri menarik nafas lega.

“Selama ini saya hanya bergantung kepada skrin kecil di telefon ataupun meminjam komputer riba rakan, hari ini saya rasa sangat gembira dan terhutang budi. Saya harapkan bantuan dan sumbangan ini terus diperluaskan lagi kerana masih ramai rakan-rakan yang juga kurang kemampuan mengharapkan untuk memiliki komputer riba sendiri. sumbangan ini banyak menyuntik semangat kami untuk terus berusaha dan seterusnya mampu mencapai kejayaan. Pastinya suatu hari nanti giliran saya dan rakan-rakan lain juga akan turut berbakti kepada universiti yang telah banyak berjasa kepada kami,” ulasnya.

 

Nurdinie merupakan pelajar tahun pertama dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi sedang dalam tahun pertama dalam jurusan Bahasa dan linguistik Melayu (Kepujian). Selain Nurdinie, penerima lain adalah Thing Jing Xuan, Meena a/p Shanmuganathan, Salamulloh Kamsol, Nur Arifah Arbanah Md Ramli dan Noraisyah Izzati Abdul Rahman.

 

 

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 28/06/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUHAK~