Daripada Alumni Kepada UPM : Temuduga Biasiswa Menteri Besar Selangor Beri Sinar Harapan Buat Pelajar Memerlukan | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Daripada Alumni Kepada UPM : Temuduga Biasiswa Menteri Besar Selangor Beri Sinar Harapan Buat Pelajar Memerlukan

Daripada Alumni Kepada UPM : Temuduga Biasiswa Menteri Besar Selangor Beri Sinar Harapan Buat Pelajar Memerlukan

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

Terjemahan BI : Siti Nur’Ain Feisal 

 

SERDANG, 23 FEB – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) sekali lagi meneruskan Program Biasiswa Alumni ataupun Alumni Scholarship. Dalam membawa alumni kembali menyumbang kepada Universiti, ARCUPM berjaya mengadakan kerjasama dengan pihak Menteri Besar Selangor pada kali ini. 

Tajaan ini akan diberikan kepada pelajar peringkat diploma dan saringan calon yang berkelayakan telah pun dilakukan pada 23 Februari yang lalu menerusi temuduga yang dilakukan secara atas talian. Bagi pelajar yang berjaya, mereka bakal menerima biasiswa sebanyak RM 15,000 untuk tempoh pengajian selama tiga (3) tahun dengan enam (6) semester. 

Usaha yang dilakukan oleh pihak ARCUPM dan juga Menteri Besar Selangor ini adalah satu usaha menyahut seruan al-falah yang diutarakan oleh Ybhg Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Roslan Sulaiman iaitu keterlibatan sama alumni dalam meneruskan kelangsungan Universiti. 

Dengan adanya sumbang bakti daripada alumni dalam bentuk biasiswa ini, pelajar yang terdiri daripada keluarga B40 dan asnaf mampu menarik nafas lega kerana pembiayaan pengajian tidak lagi menjadi masalah utama dalam usaha mereka mengejar kejayaan.

Terdahulu, beberapa calon yang melepasi tapisan telah hadir untuk temuduga secara atas talian. Panel penemuduga yang hadiri terdiri daripada wakil Penaja Biasiswa Menteri Besar selangor, Encik Mohd Nazri Noh, Wakil Penjabat Timbalan Naib Canselor HEPA, Encik Abdullah Arshad, Wakil Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, Encik Nasrudin Yahya, Wakil Pejabat Bursar / Bahagian Kewangan UPMKB, Puan Sharinah Muztaba. 

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan selamat berjaya kepada para calon. Bagi calon yang nerjaya menerima biasiswa, ini adalah satu tanggungjawab dan amanah yang diberikan dan perlu diambil dengan penuh rasa dedikasi.

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 04/04/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUAA5~