Coffee Table Book “50 Jewels Of UPM”: Bersama Prof. Datuk Dr. Md Nasir Shamsuddin | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Prof. Datuk Dr. Md Nasir Shamsuddin

Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Prof. Datuk Dr. Md Nasir Shamsuddin

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan



SERDANG – 13 September 2021, Jawatankuasa pengelola Coffee Table Book ’50 Jewels of UPM’ yang diketuai oleh Saudari Aida Fitri Peli dari Seksyen Jalinan dan pengukuhan Alumni, ARCUPM telah berjaya mengadakan satu temubual bersama alumni terbilang UPM iaitu Prof. Datuk Md Nasir Shamsuddin. 

Temubual yang diadakan secara dalam talian itu adalah untuk telah banyak memberi input dan perkongsian penuh yang amat bermakna untuk dimuatkan ke dalam penerbitan Coffee Table Book ’50 Jewels of UPM’ yang bakal diterbitkan pada tahun 2022. 

Sedikit perkongsian mengenai siapakah Prof. Datuk Md Nasir Shamsuddin, beliau merupakan pakar dalam bidang Ekonomi Pertanian dan Sumber ini pernah dilantik sebagai penyelidik dan perunding untuk Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri pada 1994-1995 dan berjaya membangunkan Model Analisis Sektor Pertanian Malaysia. Beliau juga telah membangunkan untuk Unit perancang Ekonomi Model Analisis Dasar Pertanian Malaysia pada 2012. Beliau juga sebagai Panel Perunding Pertanian, Perbadanan Produktiviti Malaysia.    

Prof. Datuk Dr. Mad Nasir, memperolehi PhD dari Mississippi State University, Amerika Syarikat pada 1985, BS (Cum Laude) dari Louisiana State University, 1980 dan Diploma Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia, 1978. Dalam peringkat antarabangsa, beliau merupakan ahli Pacific Food System Outlook Forecasting Panel di bawah Pacific Economic Cooperation Council (PECC).

Kisah selanjutnya jangan ketinggalan untuk dapatkan daripada Coffee Table Book ’50 Jewels of UPM’. 

Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof atas perkongsian dan penceritaan yang begitu menarik. Sebuah perjalanan kehidupan seorang pendidik yang penuh dengan inspirasi dan aspirasi.

Tarikh Input: 30/09/2021 | Kemaskini: 30/09/2021 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdXAN~