Bengkel Pemurnian Majalah Serdang Sun Isu 24, Tahun 2023 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Bengkel Pemurnian Majalah Serdang Sun Isu 24, Tahun 2023

Bengkel Pemurnian Majalah Serdang Sun Isu 24, Tahun 2023

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari

Suntingan: Suziana Che Wil 

 

SERDANG, 5 Feb - Bengkel Pemurnian Majalah Alumni UPM Serdang Sun Isu 24 keluaran tahun 2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Menara Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM).

Bengkel pemurnian isi kandungan majalah diadakan bertujuan untuk memproses suntingan dan bacaan pruf kandungan artikel majalah serta susun letak kandungan majalah dan foto sebelum proses pencetakan dibuat. Bengkel ini juga untuk melihat kesesuaian muka hadapan majalah yang bakal diterbitkan. Ini adalah proses akhir dalam prosedur sebelum cetakan majalah dilakukan. 

Pada peringkat ini kehadiran dan komitmen semua ahli sidang editorial diperlukan kerana pada bengkel ini juga sebarang perubahan akhir akan dilakukan. Ini adalah untuk mengelakkan kesilapan fakta yang boleh menimbulkan isu pada kemudian hari dapat dielakkan. 

Dalam bengkel ini, sidang editorial dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menyunting dan menyemak bacaan. Setiap kumpulan akan ditugaskan untuk menyemak satu seksyen, yang terdiri daripada Features, Contributions, Campus Portraits dan Highlights. Sebarang pembetulan, komen dan penambahbaikan akan dilakukan ketika bengkel berlangsung. Ini adalah untuk sama-sama menyemak dan bersetuju dengan setiap pertukaran dan penambahbaikan yang dilakukan. 

Serdang Sun merupakan Majalah Alumni UPM yang dicetak setiap tahun yang berperanan menjadi hebahan maklumat, pengalaman, aspirasi dan kejayaan UPM. Setiap artikel dan kejayaan yang dipaparkan dalam Majalah Alumni Serdang Sun  diharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk berjaya apabila selesai pengajian dan bergraduat kelak.

Terdahulu, Bengkel Pemurniaan Majalah Alumni Serdang Sun Isu 24, Tahun 2023 turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, para penyunting, penulis dan sekretariat yang terdiri daripada staf dan pegawai ARCUPM.

Tarikh Input: 07/02/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcBAs~