Alumni Sharing Knowledge: FORENSA A.S.K. 2021 @ FORENSA A.S.K.: Perintis Program ASK Fakulti | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni Sharing Knowledge: FORENSA A.S.K. 2021 @ FORENSA A.S.K.: Perintis program ASK Fakulti

Alumni Sharing Knowledge: FORENSA A.S.K. 2021 @ FORENSA A.S.K.: Perintis program ASK Fakulti

6 Februari 2021, UPM - Alumni Sharing Knowledge: FORENSA A.S.K. 2021 merupakan program alumni fakulti yang pertama di bawah penjenamaan Alumni Sharing Knowledge (ASK) Pusat Perhubungan Alumni UPM. Program ini merupakan kolaborasi antara Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar bersama Pusat Perhubungan Alumni UPM di mana panel jemputan akan berkongsi mengenai isu kerjaya dan kebolehpasaran graduan dalam bidang perhutanan dan alam sekitar. Di samping itu, program ini turut membincangkan isu mengenai kesan pandemik Covid-19 dalam dua bidang tersebut.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid yang ternyata gembira dengan pelaksaan program seumpama ini. Beliau berhasrat untuk menjadikan program ini sebagai program tahunan bagi mahasiswa Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. Ini bukan sahaja memberi peluang kepada alumni UPM untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai alam pekerjaan kepada mahasiswa dan secara tidak langsung ianya dapat menjaga hubungan antara alumni dan UPM.

Antara ahli panel jemputan dan moderator forum iaitu Dr. Zamri Rosli, alumni kelas 1985, 1998, 2020 & 2012 (Dekan Fakulti Pertanian dan Perhutanan,UPM Kampus Bintulu) Encik Muhammad Nor Nazhan Muhammad Azzim Tamothiran, alumni kelas 2019 (Pegawai Alam Sekitar, Syarikat Alam Sekitar Sdn. Bhd.), Cik Emily @ Oi Yen Tse (Senior Analyst, Policy Studies, Malaysian Green Technology and Climate Change Centre) dan Saudara Abu Hanifah Mohammad Ramli, MPP UPM sesi 2020/2021. Memetik kata-kata panel pertama, Dr. Zamri mengatakan “Apa yang penting adalah kebolehan graduan membawa diri semasa mereka mencari pekerjaan dan tidak memilih kerja yang tertumpu kepada sesuatu bidang sahaja.” Sebagai tambahan, Encik Nazhan pula mengatakan adalah amat penting bagi para mahasiswa untuk mengukuhkan asas-asas pelajaran formal di samping mendapatkan kemahiran insaniah seperti pengurusan masa, penyesuaian diri, pemikiran kritis dan sebagainya sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Cik Emily juga berkongsikan bahawa adalah amat penting bagi para graduan untuk mengenal kekuatan diri sendiri kerana kebanyakan majikan memahami bahawa para graduan tidak semuanya mempunyai kemahiran-kemahiran teknikal yang diperlukan dalam industri dan lebih tertarik untuk menggaji graduan yang mempunyai kemahiran-kemahiran insaniah yang berguna dalam urusan pekerjaan.

Program ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Kamziah Abd Kudus selaku Penasihat Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. Alumni Sharing Knowledge: FORENSA A.S.K. 2021 ini dipancarkan secara langsung melalui Cisco Webex telah disertai oleh 154 orang peserta dan bersiaran secara langsung di Facebook rasmi Pusat Perhubungan Alumni UPM di mana ianya berjaya mendapat 1500 tontonan. Pelbagai soalan diajukan kepada setiap panel jemputan yang dinyatakan di ruangan chat Webex dan Facebook melalui sesi soal jawab pada penghujung sesi.

 

Program ini telah berjaya mencapai objektif yang tersendiri melalui komen dan maklumbalas positif daripada peserta. Rata-rata komen mengatakan perkongsian daripada setiap panel adalah sangat menarik dan bermanfaat terutama sekali buat para mahasiswa yang bakal menjejakkan diri ke dunia pekerjaan.

Tarikh Input: 09/02/2021 | Kemaskini: 09/02/2021 | sufian.ismail

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZLAR~