Alumni Mentor Projek MegaChili 2021 Kongsi Tip Pengurusan Tanaman Cili Secara Fertigasi Menerusi Bengkel Projek | Pusat Perhubungan Alumni
» ARTIKEL » Alumni Mentor Projek MegaChili 2021 Kongsi Tip Pengurusan Tanaman Cili Secara Fertigasi Menerusi Bengkel Projek

Alumni Mentor Projek MegaChili 2021 Kongsi Tip Pengurusan Tanaman Cili Secara Fertigasi Menerusi Bengkel Projek

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

Projek MegaChili 2021 telah melibatkan pelajar UPM sebagai peserta dan menjemput alumni UPM sebagai mentor projek. Keseluruhan bengkel mempunyai lima siri dengan perkongsian pelbagai topik dan tip. 

Menerusi bengkel siri ke-4 juga, alumni mentor yang kini berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Encik Ahmad Nazri Abdullah Zawawi memberikan tip dan petua dalam pengurusan tanaman secara fertigasi. 

Cara Pengurusan Tanaman Secara Fertigasi

Kejayaan projek penanaman itu bukan bergantung kepada kaedah yang dijalankan semata-mata. Selain itu, cara pengurusan tanaman juga perlu betul dari segi pembajaan, pemilihan tapak projek, penyedian media semaian yangt tepat dan juga teknik siraman yang betul. 

Kesemua perkara ini perlu diambil kira dengan formula-formula yang tepat. Secara dasarnya setiap kualiti dan prestasi setiap penanaman itu akan sangat bergantung kepada kualiti kandungan nutrien dan input yang dibekalkan. 

Bahagian lain yang perlu diberikan perhatian oleh dalam menjalankan projek fertigasi juga adalah penyediaan media tanaman. 

Media tanaman yang popular digunakan seperti, 

  • Habuk sabut 
  • Arang sekam dan 
  • Campuran arang sekam dan juga habuk sabut. 

Manakala media yang sering digunakan di ladang-ladang pertanian seperti; 

  • Sekam padi bakar
  • Cocoa peat
  • Pasir kasar
  • Tanah 
  • Rockwool 

Penyediaan media tanaman yang baik akan dapat menghasilkan percambahan yang tinggi dan bebas penyakit. Setiap media ini perlulah diisi di dalam pot ataupun bekas semaian tanpa terlalu dipadatkan untuk memberi ruang udara sebanyak 20 hingga ke 40 peratus. 

Cara Siraman Anak Benih

Untuk memastikan anak benih yang disemai di dalam media penyemaian bercambah dengan baik, cara siraman anak benih perlu dititikberatkan oleh pengusaha kebun ataupun ladang penanman. Setiap satu perkara ada teknik yang betul. Untuk siraman anak benih, cara siraman yan disyorkan adalah menggunakan siraman yang halus ataupun kabus sahaja. Dalam sehari perlu satu hingga ke dua kali siraman untuk mengekalkan kelembapan. 

Pindahan anak benih ke ladang

Apabila anak semaian sudah dipindahkan ke ladang, proses pembajaan perlu ditetapkan pada kadar yang betul. Di bawah ini disertakan contoh jadual kekerapan untuk pembajaan anak semaian. 

Contoh Jadual Kekerapan Membaja Untuk Tanaman Cili 

MINGGU KEKERAPAN JUMLAH (ML) KEPEKATAN (mS/cm)
1 - 3  3 – 4 kali/hari 500 – 600  1.3 – 1.5
4 - 7 3 – 5 kali/hari 800 – 1200   1.6 – 1.8
8 seterusnya 4 – 6 kali/hari 1500 – 2000 1.8 – 2.5
Kekerapan bergantung kepada cuaca.      
Kepekatan bertambah apabila umur tanaman meningkat      

Pemeriksaan Ladang

Apabila anak semaian sudah dipindahkan ke ladang, beberapa perkara penting perlu diberikan perhatian seperti; 

  • Simptom serangan
  • Simptom kekurangan nutrien
  • Sistem pengairan
  • Prestasi tanaman
  • pH media
  • Kebersihan ladang
  • Bangunan – plastik / netting

Pada peringkat ini juga jenis-jenis perosak kepada tanaman perlu diberikan perhatian. Antara serangga perosak seperti lalat putih, kutu trips, kutu daun, hamama, antraknose sudah mula menyerang. Beberapa jenis racun serangga seperti; Mospilan, pegasus, malathion, agrimex, confidor,Cyper, deltamethrin, match, decis, lorsban manakala racun kulat pula seperti; Mancozeb, Score, Carbedazin, Pervicur, Topsin M, Antracol, Copper Hidroxide dan Manex. 

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 28/03/2023 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEQQAu~