Universiti Putra Malaysia MegaChili Project 2021 Just In Time | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Universiti Putra Malaysia MegaChili Project 2021 Just in Time

Universiti Putra Malaysia MegaChili Project 2021 Just in Time

Oleh: Suziana Che Wil

Suntingan: Nik Hafzaini Nik Hassan

Pada bengkel MegaChili 2021, alumni mentor, Hariz Ramly, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor, menyatakan Projek MegaChili 2021 yang diusahakan oleh Universiti Putra Malaysia menerusi Pusat Tanggungjawab (PTJ) Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dengan kerjasama PTJ lain antaranya Kolej- kolej Kediaman Kampus Serdang dan Bintulu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Persatuan Alumni UPM(PAUPM), Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia dengan kolaboratif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan adalah tepat pada waktunya. 

Jika mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2019), Kadar Sara Diri (SSL) cili adalah yang rendah iaitu sekitar 30.8 peratus sahaja. Ini bermakna cili antara penanaman yang diberi keutamaan. 

Manakala tanaman-tanaman yang diberikan tumpuan adalah seperti durian, nangka, tembikai, betik, pisang, manggis, rambutan dan juga tomato. Ini boleh dijadikan rujukan untuk para peserta yang setelah bergraduat untuk memberikan perhatian kepada bidang keusahawanan dalam bidang pertanian.

Dalam membantu usahawan tani pelbagai peruntukan telah diberikan oleh kerajaan. Peruntukan ini adalah sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan jumlah pengeluaran dalam negara ke atas hasil tanaman yang telah dikenalpasti. 

Pada bengkel MegaChili 2021, Hafiz Ramly selaku panel telah berkongsi antara input penting dalam peruntukan yang ada untuk usahawan tani, mungkin ramai yang tidak tahu. 

 

Bantuan dan Peruntukan Untuk Usahawan Tani 

Antara peruntukannya di bawah beberapa program yang dirangka khas seperti; 

  • Program Pembangunan Industri Pengeluaran Tanaman Makanan Utama yang memberikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 4.4 juta. 
  • Program Pembangunan Komoditi Berpotensi dengan menawarkan bantuan dalam bentuk input, bahan dan peralatan, kemudahan infrastruktur nurseri, mesin kecil dan perolehan bagi tujuan promosi seperti papan tanda dan banyak lagi. Kadar maksimum yang ditawarkan adalah sebanyak RM10,000 untuk setiap projek. 
  • Program Pembangunan Setempat yang mana memberi kumpulan sasar pembangunan program komuniti dan juga Projek Galakan Ekonomi Pertanian Rakyat. Dengan peruntukan keseluruhan hampir RM 2.8 juta. Di bawah program ini pelbagai skop perolehan bantuan akan diberikan untuk membantu golongan usahawan tani menjana pendapatan mereka. 
  • Program Pembangunan Industri Asas Tani. Program ini memberi penekanan kepada pembangunan industri asas tani dan juga program agropreneur muda. Di bawah program ini ia memberi keutamaan kepada belia berumur di bawah 40 tahun yang bergiat dalam bidang tanaman dan industri asas tani dengan kadar insentif sebanyak RM20,000 untuk setiap usahawan. 
  • Program Pembangunan Pertanian Lestari / Pengeluaran Makanan Selamat. Program ini pula memberi penekanan kepada pembangunan pertanian lestari dan projek pembangunan organik komuniti serta pembangunan pengeluaran makanan selamat. 

Secara dasarnya, usahawan tani adalah yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan penyediaan pelbagai program pembangunan ke arah memantapkan dan melestarikan bidang pertanian yang menjadi nadi pemacu ekonomi negara.

Selaku alumni mentor dan mereka  yang berada dalam bidang pertanian, Hafiz Ramly mengalu-alukan para peserta projek untuk sama-sama merebut peluang kerjaya dalam bidang pertanian yang terbentang luas. 

Menjadi usahawan tani mampu mencabar kredibiliti diri dan memanfaatkan setiap ilmu yang dipelajari di universiti ke dalam dunia pertanian yang sebenar. Berilmu dan berbakti yang menjadi moto UPM perlu dipegang erat oleh setiap graduannya. 

Date of Input: 13/08/2021 | Updated: 13/08/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BUKWUAu:20:51