Temu Mesra Bersama Alumni UPM Memberi Nilai Tambah Pendanaan Biasiswa Alumni | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Temu Mesra Bersama Alumni UPM Memberi Nilai Tambah Pendanaan Biasiswa Alumni

Temu Mesra Bersama Alumni UPM Memberi Nilai Tambah Pendanaan Biasiswa Alumni

Oleh: Syafiq Hariz Mohd Hanafiah; Muhamad Fudhayl Omar

Suntingan: Nik Hafzaini Nik Hassan

 

Susulan perkembangan yang baik terhadap pendanaan Biasiswa Alumni (Alumni Scholarship), maka satu perjumpaan di atur bersama alumni yang merupakan penaja semasa dan bakal penaja biasiswa daripada pelbagai kelas alumni antaranya Tuan Haji Mat Amin bin Jaafar, Pengarah Amco Niaga Sdn Bhd; Puan Suhana binti Md Chairi, Pengerusi Chapter Cyperus 92; Encik Mohd Isnain bin Ali, Wakil Kelab Keusahawanan; Encik Shahrudin bin Mahadi, Wakil alumni Kolej Ketiga; Tuan Haji Mohd Haris Fadzilah Abdullah, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Salak dan Encik Mohd Ridzwan bin Mansor, Wakil Kelab Kebudayaan (QKB). 

Perjumpaan ini bertujuan memperkenalkan projek biasiswa baharu dengan inisiatif penajaan berkelompok dan bersasar sama ada pendanaan biasiswa penuh, tajaan yuran atau tajaan sara diri dalam usaha membuka peluang kepada seramai mungkin alumni untuk menyumbang kembali kepada alma mater. Perjumpaan ini rentetan daripada kejayaan biasiswa Amco Niaga dan biasiswa Chapter Cyperus 92 kerana telah berjaya membiayai biasiswa kepada pelajar UPM.

 

Selain itu, objektif perjumpaan ini untuk menggalakkan alumni agar kembali ke UPM dan membantu para pelajar melalui pemberian biasiswa yang pastinya akan meningkatkan semangat pelajar untuk  meneruskan sesi pengajian mereka. Rentetan perjumpaan ini, pihak ARCUPM telah berjaya mendapatkan tiga (3) pendanaan beasiswa baharu pada peringkat pengajian Diploma dan Bacelor. 

Pada pertemuan ini, Tuan Haji Mat Amin bin Jaafar, selaku salah seorang pelopor/penaja bagi program biasiswa ini juga mengajak alumni untuk berbakti kepada Alma Mater. Perjumpaan ini dilihat berjaya membuka peluang kepada para alumni untuk menyumbang kembali kepada alma mater melalui pemberian biasiswa kepada pelajar UPM.

 

Date of Input: 31/08/2021 | Updated: 31/08/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BUKWVAQ:21:25