Public University Alumni Council Builds Networking Platform Between Alumni And Alma Mater | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Public University Alumni Council Builds Networking Platform Between Alumni and Alma Mater

Public University Alumni Council Builds Networking Platform Between Alumni and Alma Mater

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan


Setiap institusi pendidikan pastinya ada entiti yang dinamakan pejabat alumni. Kewujudan pejabat alumni di setiap Universiti Awam membuktikan bahawa peri pentingnya bekas pelajar/graduan kepada sesebuah pusat pengajian. 

Penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MAUAM) merupakan inisiatif beberapa pentadbir pusat alumni IPTA. Usaha ini diggemblengkan demi membawa satu revolusi untuk terus memangkin kesejahteraan warga universiti denga lebih baik. 

Di sini juga membuktikan bahawa setiap mahasiswa yang telah bergraduat mempunyai hubungan yang tidak terputus bersama universiti mereka. Kepulangan mereka ke pusat pengajian untuk kembali berbakti sangat dialu-alukan. 

Tertubuhnya Majlis Alumni Universiti Awam dengan penyertaan 20 Universiti Awam di Malaysia membuktikan semangat kesepakatan dan keserakanan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para alumni di luar sana. 

Selain itu, ia juga telah meletakkan satu penanda aras yang boleh diukur agar setiap penglibatan ahlinya tidak tercicir daripada matlamat penubuhannya. Mengambil contoh universiti luar negara, mereka sudah lama berjaya dengan kesepakatan bersama alumninya, justeru Universiti Awam Malaysia juga mampu melakukannya melalui MAUAM. 

Seharusnya setiap bekas pelajar perlu tahu apa keperluan mereka sebagai alumni? Dan sejauh mana mereka boleh kembali kepada alma mater untuk berbakti? 

Memetik kata-kata daripada Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), ketika Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Alumni Universiti Awam Malaysia pada 18 Julai 2021, beliau menegaskan bahawa setiap alumni mempunyai peranan masing-masing. Peranan itu harus dimainkan dengan sebaik mungkin untuk membantu pusat pengajian dalam memacukan kejayaan bersama. Dengan slogan ‘Berganding Bersama Mencitra Alumni’ setiap alumni boleh menyumbang kepada alma mater melalui pelbagai cara dan kaedah mahupun dalam skala yang berbeza, mengikut kapasiti kemampuan masing-masing. 

Justeru amat penting untuk alumni menyumbang kembali kepada alma mater bagi memperkasakan institusi itu sendiri selain membina jaringan yang lebih kukuh antara pusat pengajian dan bekas pelajar. 

 

Penganjuran Program Rapatkan Hubungan Sesama Alumni

 

Dengan adanya pelbagai program yang melibatkan alumni, pelajar dan universiti secara tidak langsung menjadi satu landasan untuk pemindahan ilmu dan pengalaman. 

Selain daripada penganjuran program, urus tadbir yang baik, kerjasama dan komunikasi juga meruapakan kunci kejayaan kepada hubungan alumni dan alma mater. 

Misalnya di UPM, ARCUPM dan Persatuan Alumni UPM (PAUPM) sering bergerak seiring dan saling membantu dalam membawa hala tuju alumni. Pelbagai program digerakkan bersama. Di ARCUPM program UPM Alumni Golden Fit telah berjaya dicatatkan dalam The Malaysia Book Of Records kerana penyertaan alumni teramai dalam program kecergasan universiti membuktikan kesepakatan, keakraban dan komunikasi yang mampan mampu membawa alumni kembali ke alma mater

Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia sebagai sebuah pentadbiran yang sudah pun distrukturkan dalam satu organisasi perlu menyatakan dengan jelas fungsi Majlis itu sendiri dengan memurnikan peranan dan tanggungjawab terhadap alumni dan inilah yang sedang diusahakan menerusi organisasi ini. 

 

Date of Input: 28/08/2021 | Updated: 30/01/2023 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdXAZ~