Hafiz Ramly Shared The Benefits Of MyGAP To The Participants Of MegaChili 2021 Workshop | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Hafiz Ramly Shared the Benefits of MyGAP to the Participants of MegaChili 2021 Workshop

Hafiz Ramly Shared the Benefits of MyGAP to the Participants of MegaChili 2021 Workshop

Oleh: Suziana Che Wil

Suntingan: Nik Hafzaini Nik Hassan

Perkongsian ilmu dan input dalam bengkel Projek MegaChili 2021 tidak hanya tertumpu kepada pemilihan anak benih dan pengurusan ladang. Panel jemputan untuk bengkel siri ke-5, Encik Hafiz Ramly, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor, yang juga alumni mentor UPM kelas (2002-2005) turut berkongsi input mengenai bantuan ataupun program yang diberikan oleh pihak Jabatan Pertanian kepada pengusaha ladang. 

MyGAP, mungkin ramai yang tidak tahu dan ada juga yang sudah maklum dengan pensijilan ini. Untuk menjadi petani moden, pengusaha perlu rajin menggali ilmu agar ladang yang diusahakan berjaya dengan kualiti yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian. 

Apa itu MyGAP?

MyGAP adalah program pensijilan yang dibangunkan berdasarkan Malaysia Standard MS 1784 bagi sektor tanaman untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang telah mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. 

MyGAP ini bukan sahaja penting kepada pengusaha malahan; dengan adanya logo MyGAP pada hasil keluaran sesebuah ladang itu ia sekaligus memberi jaminan kualiti untuk pembeli. Apabila melihat adanya logo MyGAP pengguna tidak perlu risau pada kualiti kerana MyGAP akan memberi penekanan kepada; 

  • Hasil yang berkualiti dan selamat untuk dimakan
  • Ladang yang diiktiraf oleh Jabatan Pertanian
  • Ladang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB)
  • Tiada najis terlarang
  • Ladang mengutamakan hygiene
  • Ladang mengutamakan pengurusan alam sekitar
  • Ladang yang diuruskan oleh pekerja yang sihat dan mahir

Manfaat Daripada Pensijilan MyGAP

  • Menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan kerana kandungan residu racun perosak adalah pada paras yang dibenarkan.  
  • Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. 
  • Mengutamakan kaedah kawalan perosak bersepadu. 
  • Meningkatkan pengeluaran hasil yang berkualiti tinggi. 
  • Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa. 
  • Membantu membangunkan industri pertanian negara secara mesra dan lestari. 
  • Logo MyGAP pada label produk dapat meyakinkan pengguna terhadap keselamatan produk tersebut. 

Negara-negara yang sudah menggunakan MyGAP

Siapa yang boleh memohon Pensijilan MyGAP?

Kategori pemohon adalah seperti berikut; 

  • Persendirian
  • Syarikat swasta
  • Peserta projek tanaman kekal pengeluaran makanan (TKPM) 
  • Agensi ataupun Badan berkanun
  • Pseserta ladang kontrak
  • Pusat pertanian dibawah seliaan Jabatan Pertanian
  • Peserta Projek Pertanian Moden

Disamping itu pemohon hendaklah memastikan tanah yang diusahakan itu adalah sah dari segi undang-undang, ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil dan juga hasil yang dikeluarkan itu bertujuan untuk jualan domestik atau eksport.

Bagaimana untuk memohon Pensijilan MyGAP?

Permohonan untuk Pensijilan MyGAP boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan rasmi yang boleh didapati di; 

  • Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya
  • Jabatan Pertanian Negeri 
  • Jabatan Pertanian Daerah 
  • Laman web Jabatan Pertanian Malaysia 

Borang permohonan yang telah diisi beserta kesemua dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar atau dikemukakan kepada Urus Setia melalui Pejabat Pertanian Daerah. Bagi permohonan yang berjaya sijil MyGAP ini sah laku dalam tempoh selama dua tahun. 

Pemeriksaan berkala daripada Jabatan Pertanian akan dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini adalah untuk memastikan pengusaha mengikuti setiap piawaian standard yang dikeluarkan dibawah pensijilan MyGAP. 

Date of Input: 13/08/2021 | Updated: 04/10/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BUKWVAN:21:10