Device And Student Data Plans Assistance Facilitate Students Joined Teaching And Learning (PdP) Sessions | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Device and Student Data Plans Assistance Facilitate Students Joined Teaching and Learning (PdP) sessions

Device and Student Data Plans Assistance Facilitate Students Joined Teaching and Learning (PdP) sessions

Oleh: Syafiq Hariz Mohd Hanafiah

Suntingan oleh: Nik Hafzaini Nik Hassan

Pandemik Covid-19 tanpa diduga melanda seluruh dunia dan merubah normal kehidupan. Tidak terkecuali, bidang pendidikan secara bersemuka bertukar arah ke dunia pendidikan dalam talian dan maya. Bertitik tolak dari perubahan lanskap pendidikan negara, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Pejabat Bursar UPM dan Persatuan Alumni UPM (PAUPM berkolaboratif melaksanakan satu projek kebajikan bagi membantu pelajar UPM dalam kategori  B40 untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada musim pandemik ini. Projek Bantuan Peranti dan Pelan data telah dilaksanakan selama sebulan ini bermula bulan Februari hingga Mac 2021 menerusi kempen 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR) yang digunakan sebagai dana bantuan kepada pelajar yang memerlukan. 

Seramai lima (5) orang pelajar telah terpilih untuk menerima bantuan secara keseluruhannya berjumlah RM14,400.00. Impak projek ini tentunya dapat menarik minat dan keinginan para alumni untuk terus menyumbang ke dalam tabung 1A1SR demi membantu kelangsungan pelajar UPM agar tidak tercicir dalam pembelajaran mereka yang dilaksanakan secara dalam talian. 

Bantuan insentif ‘one-off’ ini juga sedikit sebanyak telah memberi kemudahan kepada  para pelajar UPM untuk mengekalkan kecemerlangan akademik mereka.  Secara tidak langsung, projek ini turut memperlihatkan kesungguhan para alumni yang cakna dan prihatin berkaitan situasi para pelajar di UPM. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar UPM dan keberkatan yang berterusan kepada mereka yang telah menyumbang demi kesejahteraan orang yang memerlukan. 

Date of Input: 30/08/2021 | Updated: 30/08/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BUKWUAP:20:03