Bajanas, Baja Kesuburan Dunia | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Bajanas, Baja Kesuburan Dunia

Bajanas, Baja Kesuburan Dunia

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

Penanaman, aspek yang perlu dititikberatkan oleh pengusaha selain daripada tapak yang strategik, baja juga memainkan peranan. Pelbagai jenama baja yang ada dipasaran masa kini. Salah satunya adalah Bajanas yang telah diusahakan oleh alumni Unversiti Putra Malaysia. 

Menyingkap kisah disebalik kejayaan Bajanas ini, ada pelbagai cerita sedih dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pengasasnya iaitu Encik Muhamad Nazrul Nazaruddin. Beliau antara salah seorang yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara. 

Pandemik juga telah memberi dia satu laluan yang lain untuk berjaya sebagai seorang usahawan. Hampir setiap malam beliau mengutip sampah (kulit pisang) untuk dikumpul dan dijadikan baja. Segala ilmu ketika di UPM digunakan sehabis baik. 

Hari ini, baja keluarannya iaitu Bajanas telah mula dikenali ramai hingga pada tahun 2021 jualannya baja nya boleh mencecah RM2.1 juta. Menurutnya PKP telah memberi ilham baru untuknya berjaya sebagai seorang usahawan. 

Baru-baru ini menerusi Projek MegaChilli 2021, bajanas antara salah satu penaja bagi baja untuk peserta projek iaitu para pelajar UPM. Baja-baja ini diberikan secara percuma untuk membantu para peserta projek membuat penanaman. 

Antara kelebihan Bajanas, 

  1. Bajanas hidupkan tanah yang mati, iaitu hidupkan tanah dengan menghidupkan mikrob dengan itu tanah pun akan hidup semula. Apabila tanah sudah lembut ia akan memudahkan akar untuk tembus dan seterusnya akar menjadi sihat dan pokok juga sihat. 
  2. Bajanas enjin tanah. Bajanas menghasilkan baja automatic di dalam tanah sehingga baja tambahan tidak diperlukan. 
  3. Bajanas cintakan air. Baja ini akan terus mengekalkan kandungan air. 
  4. Bajanas ibu baja. Kitaran proses mikrob di dalam tanah membuatkan tanah memperolehi baja secara semulajadi. Disebabkan itulah bajanas sangat menjimatkan. 
  5. Bajanas ganti racun perosak. Bajanas mampu kawal serangan serangga perosak kerana bajanas mengandungi 3-octanol D-limonen. Bajanas beri perlindungan kepada pokok tanpa menghalang lebah atau rerama untuk lakukan proses pendebungaan. 

 







Cara Penggunaan Bajanas

 

  1. GTG (Gembur tabur Gembur)
  • Gembur tabur gembur, bajanas perlu ditanan untuk bajanas menghidupkan mikrob. Tanah akan menjadi lembut dan lembap, dan ianya tidak perlu disiram dengan kerap. 
  1. Batas Puncak 
  • Masih Teknik GTG Cuma fokus bajanas disepanjang puncak batas dan gaulkan. Biarkan selama dua minggu dan pindahkan anak pokok. Ini adalah kaedah yang terbaik. Kemudian lihat perubahan pada tanaman anda.
  1. Spray Ulangan 
  • Bancuhkan satu sudu bajanas kedalam 1.5 liter air. Kemudian spray pada pokok.
  1. Pokok Besar
  • Korek 1 meter tanah dari pangkal pokok sedalam satu hingga 2 meter, kemudian isi bajanas sebanyak 1 pek kedalam lubang tadi dan timbus tanah. Akan memberikan hasil yang memberangsangkan. 

Date of Input: 29/04/2022 | Updated: 09/05/2022 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BVKGJAh:09:04