ARCUPM-PAUPM Collaborate With Imaging Alumni | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » ARCUPM-PAUPM Collaborate with Imaging Alumni

ARCUPM-PAUPM Collaborate with Imaging Alumni

Oleh: Aida Fitri Peli

Suntingan oleh: Nik Hafzaini Nik Hassan

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Itulah ungkapan yang sesuai dalam menggambarkan jalinan kerjasama dan muafakat sesama manusia. Pastinya apabila peribahasa ini dijadikan asas dalam mengurus kendali pentadbiran organisasi, tentu ia memberi satu gambaran bahawa jalinan kerjasama yang mampan pastinya membuahkan hasil yang diinginkan. Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) tidak terkecuali dalam melestarikan jalinan permuafakatan bersama Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dalam mana-mana program dan aktiviti yang melibatkan alumni dan pelajar UPM. 

Beberapa program yang telah dijayakan bersama termasuklah UPM Alumni Golden Fit sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM, Sanitasi Masjid UPM sempena Hari Raya Aidilfitri, Musaadah Ramadan dan beberapa program/aktiviti yang masih dalam perancangan antaranya penerbitan Coffee Table Book ‘50 Jewels of UPM’.

Matlamat “Seganding Bersama Mencitra Alumni UPM” memperlihatkan kebersamaan dua entiti ini iaitu ARCUPM dan PAUPM berupaya memanfaatkan pemindahan ilmu dan kepakaran daripada alumni kepada pelajar dan warga kampus. Natijahnya, kejayaan demi kejayaan diperolehi bersama menerusi program/ aktiviti yang dianjurkan. Kejayaan mencipta rekod di The Malaysia Book of Records menerusi program UPM Alumni Golden Fit tidak akan tercapai tanpa kerjasama erat ARCUPM-PAUPM dan bukti semangat kesamaan mereka. 

Secara kesimpulannya, mengesan, mengumpul dan menggalakkan alumni UPM supaya menyumbang bakti kepada alma mater selari dengan moto UPM “Berilmu Berbakti”. Hasilnya, pelbagai bentuk sumbangan bakti para alumni telah berjaya disalurkan semula ke menara ilmu ini menerusi pendanaan biasiswa kepada pelajar UPM, pemberian sumbangan makanan dan keperluan elektronik kepada pelajar. 

Date of Input: 30/08/2021 | Updated: 30/08/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BUKWVA6:21:18