Alumni Of UPM Conquer Everest Mountain | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Alumni of UPM Conquer Everest Mountain

Alumni of UPM Conquer Everest Mountain

Oleh: Abdul Waffy Ubaidillah bin Kasim

Suntingan: Nik Hafzaini binti Nik Hassan

 

Pusat Perhubungan Alumni berbesar hati menjemput Encik Ravichandran Tharumalingam (Alumni Kelas 1990) sebagai penceramah jemputan pada program Sejam Bersama Alumni (SEBA) siri ke- 22. Seramai 167 orang pelajar dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghadiri program tersebut secara dalam talian. 

 

  

Encik Ravichandran Tharumalingam merupakan Pendaki Solo Pertama Negara yang mendaki Gunung Everest. Beliau juga telah berjaya menawan kebanyakan puncak tujuh (7) benua dan kini berkhidmat sebagai pemandu gunung bagi sebahagian puncak tujuh (7) benua tersebut. Pada program SEBA ini, beliau berkongsi memori dan coretan pengalaman sebagai seorang pelajar UPM kepada para peserta. Antara perkongsian yang diceritakan oleh Alumni Kolej ke-6 dan Fakulti Pertanian UPM ini adalah beliau bergiat aktif dalam aktiviti sukan di universiti. Beliau merupakan atlet pasukan bola sepak UPM dan telah menyertai kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Asean University Games (AUG). 

Malahan, beliau juga menceritakan pengalamannya semasa mendaki Gunung Everest. Beliau menyatakan bahawa terlalu banyak rintangan dan cabaran yang dihadapi antara kehilangan sebahagian anggota badan kesan daripada cuaca sejuk melampau semasa mendaki gunung tersebut. Walaupun begitu, beliau tetap bersemangat untuk meneruskan pendakian kerana slogan “Malaysia Boleh” sentiasa tersemat dalam jiwa dan sanubari beliau yang menjadi asas kepada iltizam dan kekuatan beliau bagi menjadi penawan solo Gunung Everest daripada Malaysia yang pertama. 

 

Date of Input: 30/08/2021 | Updated: 30/08/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BUKWVAU:21:16