50 Distinguished Alumni Icons In Conjunction With UPM's 50th Golden Jubilee Celebration | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » 50 Distinguished Alumni Icons in conjunction with UPM's 50th Golden Jubilee Celebration

50 Distinguished Alumni Icons in conjunction with UPM's 50th Golden Jubilee Celebration

Oleh: Aida Fitri Peli

Suntingan: Nik Hafzaini Nik Hassan

Keunggulan 50 orang Ikon Alumni Terbilang Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal dikongsikan melalui penerbitan Coffee Table Book ‘50 Jewels of UPM’. Projek khas sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM ini, akan memaparkan koleksi foto beserta sorotan perjalanan dan kembara alumni dalam mencapai kejayaan mereka. Kejayaan yang dicapai oleh ikon alumni UPM ini merupakan usaha dan jasa mereka terhadap pembangunan masyarakat, agama, bangsa dan negara atas keazaman dan iltizam mereka seperti pepatah “menggenggam bara api biar sampai menjadi arang”.

Ikon alumni UPM yang dipilih merupakan graduan UPM tahun 1971 dan ke atas serta meliputi pelbagai latar belakang dan bidang kerjaya iaitu bidang akademik, kepimpinan, keusahawanan, kesukarelawanan, kesusasteraan dan sukan. Antara figura ikon alumni yang akan ditampilkan adalah YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, DIG Datuk Seri Mazlan Lazim, Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris, Cik Cheong Jun Hoong dan ramai lagi. 

Penerbitan buku ini merupakan usaha sama Pusat Perhubungan Alumni UPM, Persatuan Alumni UPM dan Penerbit UPM. Kejayaan alumni UPM sewajarnya didokumentasikan melalui penerbitan seperti ini sebagai bukti pencapaian UPM dalam menghasilkan graduan yang berjaya dan berdaya saing dalam lapangan yang mereka ceburi.

Date of Input: 31/08/2021 | Updated: 31/08/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BUKWUAM:20:53