3k Kit Program: Safety, Health And Fun Helps The Frontline And Covid-19 Patients | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » 3k Kit Program: Safety, Health And Fun Helps The Frontline And Covid-19 Patients

3k Kit Program: Safety, Health And Fun Helps The Frontline And Covid-19 Patients

Oleh: Syafiq Hariz Mohd Hanafiah dan Ag Famezan  Ag Mohd Noh

Suntingan: Nik Hafzaini Nik Hassan

Covid-19 telah banyak merubah corak kehidupan biasa manusia dan memberi kesan kepada sesetengah individu dari sudut kesihatan, ekonomi mahupun emosi. Justeru, sebuah program anjuran MyFundAction dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM dan Chapter Alumni Yosh UPM telah diadakan untuk  memberi sumbangan kepada barisan hadapan dan pesakit Covid-19 di MAEPS, Serdang yang bertujuan untuk membantu meringankan beban dan memberi sokongan moral kepada yang memerlukan.

Aktiviti yang bermula daripada 26 Februari sehingga 01 Mac ini bertempat di Pusat Perhubungan Alumni, Bangunan TNCPI UPM. Aktiviti ini berlangsung selama empat hari dengan penglibatan seramai 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar di kolej kediaman, staf UPM, ahli sahabat masjid UPM, sukarelawan Chapter Alumni Yosh UPM, sukarelawan YOSH MyFundAction serta wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyerlahkan sifat keprihatinan mereka dalam bersama-sama mendepani cabaran penularan pandemik COVID-19 dengan tampil menghulurkan bantuan bagi menyiapkan pembungkusan kit bantuan 3K ini. Kit bantuan yang telah siap dibungkus ini telah diserahkan kepada pesakit dan petugas barisan hadapan di PKRC MAEPS pada 01 Mac 2021 yang lepas.

   

Pihak MyFundAction mengambil langkah untuk menyediakan kit bantuan dengan tujuan membantu pesakit dan petugas barisan hadapan yang pada ketika ini sangat memerlukan peralatan perlindungan diri (PPE) dan set penjagaan diri dalam mengekang penularan COVID-19. Pusat Perhubungan Alumni telah memberi bantuan daripada sudut penyediaan tempat untuk penyimpanan dan pembungkusan kit bantuan kepada petugas barisan hadapan dan pesakit COVID-19. 

Program ini bertujuan meringankan beban dan memberi sokongan moral kepada insan yang memerlukan.  Antara kit bantuan yang disediakan adalah set peralatan kebersihan diri, set makanan kering, pek makanan ready to eat (RTE), set peralatan perlindung diri (PPE), lampin dewasa dan kanak- kanak serta tablet dan komputer riba. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk agihan 1600 pek makanan dan set PPE kepada petugas barisan hadapan serta agihan 5500 pek makanan dan kit kebersihan kepada pesakit yang berjumlah RM 660, 210. Program ini dilihat dapat menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat kerana aktiviti tersebut tidak perlu dilakukan secara sepenuh masa, sebaliknya dilakukan secara berjadual dengan kerjasama pelbagai pihak serta memupuk budaya cakna pelajar dalam menangani penularan pandemik COVID-19.

Inisiatif yang dilakukan oleh UPM bersama MyFundAction ini selari untuk mencapai matlamat pembangunan Mapan (SDG) yang ketiga iaitu Good Health & Well Being. Justeru, usaha ini dilakukan adalah untuk memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua lapisan umur.

 

Date of Input: 31/08/2021 | Updated: 31/08/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BUKWUA:20:40