Tautan Mahabbah | Alumni Relations Centre
» ALUMNI PROGRAMMES » Tautan Mahabbah

Tautan Mahabbah

19 Mei 2015 (Selasa)

Tautan Mahabbah sempena dengan Majlis Kesyukuran Hari Alumni UPM pada 21 Mei Tahun 2015 Program ini juga turut disertakan dengan ceramah khas daripada IMAM MUDA AZHAR dengan membicarakan tajuk " MENDEPANI CABARAN MELEWATI KEBIASAAN DALAM KONTEKS ISLAM". Juga, turut diselitkan dengan bacaan Yassin dan Tahlil.

 

19 Mei 2016 (Khamis)

Tautan Mahabbah sempena Sambutan Hari Alumni 21 Mei Tahun 2016 telah berjaya dilaksanakan di Masjid UPM. Sekalung perhargaan buat semua yang terlibat tidak dilupakan kepada penaja yang budiman iaitu Persatuan Alumni UPM, Persatuan Pentadbir UPM, Kolej kolej Kediaman seperti KPZ, KMR, K2, K6, K12, K13, K14, K15, K17 , Chapter Dip Tani 90 dan UPM Holdings yang menyumbng kepada anak2 yatim dan ceramah pada majlis ini Jasa kalian sangat  kami hargai

 

18 Mei 2017 (Khamis)

Pusat Alumni dengan kerjasama Pusat Islam Universiti dan Persatuan Alumni UPM telah menganjurkan Tautan Mahabbah (Majlis Kesyukuran) sebagai salah satu program untuk memperingati perayaan tahunan Alumni UPM-21 Mei ini. Ceramah oleh Pencetus Ummah Taha (Dr. Taha bin Mohd Omar) yang bertajuk "IHSAN: Tonggak Kecemerlangan" diberi kemuncak diikuti oleh Doa Selamat dan Tahlil. Pada malam itu, sumbangan juga diberikan kepada anak-anak yatim dari Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang, Pusat Baitul Ulfah, Seri Kembangan, Selangor dan pelajar yang memerlukan

 

11 Mei 2018 (Jumaat)

Program Tautan Mahabbah Sempena Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei Tahun 2018

Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran sempena Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei, Majlis Tautan Mahabbah telah diadakan di Masjid UPM dengan kerjasama dari Pusat Islam dan WAZAN. Turut diadakan sesi perkongsian daripada Da’i Syafiqah, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. Dan turut diadakan majlis pelancaran IHYA Ramadan sempena menyambut kedatangan Ramadan.Terima kasih kepada semua, terutama penyumbang diatas sumbangan yang telah diberikan.

 

26 April 2019 (Jumaat)

Tautan Mahabbah sempena Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei Tahun 2019 Program ini adalah anjuran Pusat Alumni dengan kerjasama Pusat Islam Universiti, WAZAN UPM dan Persatuan Alumni UPM dengan sokongan semua komuniti kampus dan para khariyah di Serdang berbesar hati menerima kepulangan ikon alumni UPM, Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud, Alumni Kelas 2016 yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia untuk menyampaikan satu ceramah ilmu bertajuk "Menyantuni Alumni Mencintai Alma Mater" dalam konteks islam meliputi konsep waqaf dan endowmen kepada universiti

 

Updated:: 14/04/2021 [pyanmail]

MEDIA SHARING

BUJYNA6:13:25