Distinguished UPM Alumni Lecture Series : Living The Serdang Story (DALS) | Pusat Alumni
» PROGRAM ALUMNI » Distinguished UPM Alumni Lecture Series : Living the Serdang Story (DALS)

Distinguished UPM Alumni Lecture Series : Living the Serdang Story (DALS)

Program syarahan bersiri atau lecture series ini merupakan satu usaha jerayawara alumni UPM (showcasing alumni) yang mempunyai pelbagai pengalaman untuk berkongsi jejak pengembaraan kerjaya dan kehidupan mereka sejak bergraduat daripada UPM bersama pelajar dan komuniti kampus. Syarahan ini juga memberi peluang kepada fakulti di UPM untuk membawa balik alumni fakulti masing-masing bagi menyumbang kembali kepada Alma mater melalui perkongsian pengalaman, kepakaran dan idea.

Usaha ini juga merupakan landasan kepada alumni menyemarakkan UPM melalui fakulti dan menyokong universiti dalam menyediakan para pelajar, ahli akademik, komuniti kampus dan warga alumni dengan ilmu pengetahuan, kemahiran di samping memberikan motivasi kepada mereka untuk bergerak seiringan dengan hasrat UPM. Program ini diharap dapat membantu kumpulan sasar untuk lebih bersedia dengan kehidupan merentasi kampus serta memanjangkan peranan dan inspirasi mereka sendiri dalam kehidupan mereka sebagai komuniti kampus yang berwawasan.

Pusat Alumni bersama Persatuan Alumni UPM bertanggungjawab sebagai penaja program manakala Fakulti memainkan peranan sebagai tuan rumah dan bertanggungjawab mengenalpasti alumni yang bakal dijemput.

Kemaskini:: 12/09/2017 [hafzaini]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566224902