Biasiswa Yayasan Said | Pusat Alumni
» ALUMNI PASSION & COMPASSION » Biasiswa Yayasan Said

Biasiswa Yayasan Said

Pusat Alumni UPM (ACUPM) telah diberi kepercayaan untuk menguruskan Biasiswa Yayasan Said bermula pada sesi 2017/2018. Biasiswa Yayasan Said adalah merupakan sumbangan daripada Encik Said Saiful Fazli Said Aluwi, Ketua Pegawai Eksekutif CLA Empire Sdn. Bhd. Beliau merupakan Alumni UPM kelas 2008. Syarikat CLA Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang memfokuskan bimbingan dan tunjuk ajar kepada usahawan yang ingin memulakan dan menceburi bidang perniagaan. Syarikat ini juga memberi pelan strategi untuk usahawan menimba ilmu perniagaan. Beliau bersetuju untuk menyumbang dana sebanyak RM30,000.00 dalam bentuk biasiswa di bawah nama Biasiswa Yayasan Said. Biasiswa Yayasan Said akan menaja seorang (1) pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sekretariat Biasiswa Yayasan Said di talian +603-8747 1017.

Kemaskini:: 12/03/2018 [hafzaini]

PERKONGSIAN MEDIA

B1571339056