Biasiswa Yayasan Pak Rashid | Pusat Alumni
» ALUMNI PASSION & COMPASSION » Biasiswa Yayasan Pak Rashid

Biasiswa Yayasan Pak Rashid

Pusat Alumni UPM berperanan sebagai sekretariat Yayasan Pak Rashid. Biasiswa Yayasan Pak Rashid diwujudkan selaras dengan objektif penubuhan Yayasan Pak Rashid dalam usaha mewujudkan dana bagi pemberian anugerah biasiswa, pinjaman, geran dan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar UPM.

Biasiswa Yayasan Pak Rashid UPM ditawarkan kepada pelajar tahun satu yang mengikuti pengajian dalam bidang pertanian dan selain bidang pertanian peringkat bacelor dan diploma di Universiti Putra Malaysia. Pelajar yang berjaya ditawarkan akan menerima biasiswa sebanyak RM7,500 setahun di peringkat bacelor dan RM5,000 setahun di peringkat diploma.

Kemaskini:: 12/09/2017 [pyanmail]

PERKONGSIAN MEDIA

B1574087687