Biasiswa Soh Kim Mee | Pusat Alumni
» ALUMNI PASSION & COMPASSION » Biasiswa Soh Kim Mee

Biasiswa Soh Kim Mee

Pusat Alumni UPM (ACUPM) telah diberi kepercayaan untuk menguruskan Biasiswa Soh Kim Mee bermula sesi pengajian 2016/2017. Biasiswa Soh Kim Mee adalah sumbangan daripada alumni tersohor, Dato' Soh Poh Sheng, Pengerusi, Samsoney Group (alumni UPM Kelas 1976). Beliau telah bersetuju menyumbang dana sebanyak RM1 juta dalam bentuk biasiswa di bawah nama Biasiswa Soh Kim Mee bersempena dengan nama mendiang ayah beliau. Biasiswa Soh Kim Mee akan menaja satu (1) pelajar Bacelor dan satu (1) pelajar Diploma program Sains Pertanian pada setiap tahun dalam usaha membantu membiayai pendidikan kepada pelajar yang layak.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sekretariat Biasiswa Soh Kim Mee di talian +603-8747 1017.

Kemaskini:: 18/07/2018 [hafzaini]

PERKONGSIAN MEDIA

B1568863135