UTAMA | Pusat Alumni

Sebagai pemegang taruh, alumni membantu dalam menjalinkan hubungan bersama pemegang taruh yang lain seperti industri, rakan universiti, organisasi tempatan dan antarabangsa. Kesemua pemegang taruh ini mesti mempunyai minat untuk berkolaborasi dengan UPM untuk tujuan akademik, penyelidikan dan pengkomersilan sejajar dengan Pelan Strategik UPM. Justeru, Pusat Alumni selaku sekretariat bagi Yayasan Pak Rashid (YPR) mengurus dan menyelaras biasiswa pelajar dan turut menganugerahi pingat emas dan hadiah iaitu “Pingat Emas Yayasan Pak Rashid” kepada pelajar cemerlang. YPR turut menyediakan pinjaman kewangan kepada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan jangka pendek bagi membiayai kos pengajian mereka. Pusat Alumni juga turut mengurus dan menyelaras Biasiswa Soh Kim Mee khususnya kepada pelajar Diploma dan Bacelor dalam bidang Pertanian.

Pusat Alumni mempunyai 16 orang staf merangkumi Pengurusan & Profesional dan Pelaksana. Kami sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam melestarikan hubungan jalinan alumni-Alma mater ke arah kecemerlangan UPM.

Pusat Alumni telah menerima kerja lapangan daripada Pejabat Alumni, Institut Pengajian Tinggi Malaysia dan Luar Negara saban tahun. Kira-kira 2-3 lawatan kerja diterima setiap tahun antaranya daripada Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia, Pejabat Perhubungan Alumni Universiti Teknologi Mara, Institut Pertanian Bogor, Indonesia dan banyak lagi.

 

artikel
Alumni Terbilang - Penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus
Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah merupakan antara pensyarah yang cemerlang sumbangannya kepada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (dahulunya sebagai Fakulti Ekonomi Sumber dan Perniagaantani) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) secara keseluruhannya.
Alumni Terbilang - Penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus
Perjalanan tidak Seperti yang Lain
Perjalanan tidak Seperti yang Lain
Alumni Passion and Compassion Initiatives
Alumni Passion and Compassion Initiatives
Artikel-artikel lain...
berita
ASK berjaya tarik penyertaan 500 jemputan
ASK berjaya tarik penyertaan 500 jemputan
19 Februari 2020, UPM – Alumni Sharing Knowledge (ASK) yang bertajuk Kerjaya di Awan Biru: Glamor dan Realiti berjaya menarik minat 500 jemputan yang terdiri daripada barisan alumni dan pelajar UPM.
pengumuman

Pusat Alumni (ACUPM) memperuntukkan geran sebanyak RM5,000.00 kepada setiap kolej bagi menjalankan program dan aktiviti jalinan alumni UPM di peringkat kolej mahupun universiti pada tahun 2020.

Maklumat berkaitan Geran Aktiviti Alumni Kolej

Kepada para alumni UPM yang dihormati,

Pusat Alumni UPM komited ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Sila beri maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Alumni UPM di Borang Kajian Kepuasan Pelanggan - Perkhidmatan Sokongan.

Sekian, terima kasih.

Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: SPJOnline

aktiviti
ikuti kami
fb.png
insta.png
twitter.png
youtube.png
google+.png
B1597076330