Oleh: Shahirah Alia Azahar
BINTULU - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) menganjurkan Program Temu Mesra antara penaja dan penerima biasiswa Sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 1 di UPM Kampus Bintulu, Sarawak. Program Temu Mesra Penerima bersama Penaja Biasiswa Alumni UPM @ Bintulu Siri 3 2023 pada 3 November lalu dapat mengukuhkan lagi hubungan antara penerima dan penaja Biasiswa Alumni UPM.
Program ini telah dihadiri oleh wakil penaja iaitu Tuan Haji Mat Razi Alumni UPM Kelas 1992, bersama tujuh penerima Biasiswa Alumni UPM iaitu:-
ARCUPM berharap semoga program Temu Mesra ini turut menjadi pemangkin kepada penerima untuk menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang dan kembali menyumbang kepada alma mater.
ARCUPM juga mengalu-alukan alumni kembali berbakti kepada alma mater agar budaya dan semangat ini dapat diteruskan dan dicontohi.
Date of Input: 08/11/2023 | Updated: 08/11/2023 | shahirahalia
Ground Floor
Office of Deputy Vice-Chancellor
(Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor