Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG – 15 Oktober 2021, Kelab Kebajikan Sosial, Pusat Perhubungan Alumni UPM telah menyantuni rakan-rakan di Pusat Tanggungjawab (PTJ) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini.
Sumbangan ini adalah hasil kutipan derma dari kalangan staf di Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir. Sumbangan secara one off ini diharapkan dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.
Terdahulu Kelab Kebajikan Sosial ini juga sering melakukan gerak kerja sama dalam membantu rakan-rakan staf di UPM yang ditimpa musibah, terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.
Semoga dengan sedikit sumbangan yang diberikan ini, dapat membantu meringankan beban yang ditanggung. KKS Peduli ini juga tanda kebersamaan bersama warga UPM dalam mengharungi waktu sukar.
Sumbangan ini seterusnya diserahkan kepada Puan Aiedah Abdullah wakil daripada Kelab Kebajikan HEPA.
Dengan tanda pagar KitabantuKita bersama-sama kita membantu bagi meringankan beban dan semoga kita semua dijauhkan daripada segala musibah.
Date of Input: 08/11/2021 | Updated: 03/02/2023 | alif.isnain
Ground Floor
Office of Deputy Vice-Chancellor
(Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor