Oleh: Shahirah Alia Azahar
Suntingan: Suziana Che Wil
SERDANG, 26 Sept - Temuramah ini telah berlangsung di Bilik Menara Warisan Budi Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) bermula jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Temuramah ini diadakan bagi mengumpul dan melengkapkan bahan-bahan penulisan bagi keluaran buku “Coffee Table Book”.
Penerbitan buku “Coffee Table Book” ini ingin diselaraskan dengan pelancaran menara jam. Oleh itu, buku ini bakal diterbitkan sekitar bulan April-Mei 2024 selepas siap pembinaan Menara Jam yang dijangkakan sekitar bulan April 2024. Salah satu topik di dalam buku tersebut adalah mengenai Menara Jam Warisan Budi. Orang pertama yang menjadi rujukan bagi bahan penulisan adalah Prof Madya Dr. Rohani Ibrahim iaitu Mantan Pengarah pertama ARCUPM dari tahun 1999 hingga 2011. Ketika beliau menjadi Pengarah ARCUPM, beliau sempat terlibat dalam perbincangan dan pelancaran rancangan Menara Jam pada tahun 2006 bersempena meraikan Sambutan 75 tahun UPM.
Dengan segala ingatan dan kesihatan tubuh badan yang diberi pada beliau, beliau sudi datang dan berkongsi tentang Menara Jam. Perkongsian dari Mantan Pengarah ARCUPM ini amat bermakna kerana beliau ialah salah seorang yang paling banyak terlibat dengan Projek Menara Jam. Beliau turut berkongsi pendapat tentang Projek Menara Jam ini dari segi pandangan beliau sendiri. Beliau berharap Projek Menara Jam ini berjaya dan dapat memberi impak yang besar kepada UPM dan warganya. Beliau turut berbangga dengan projek ini yang kembali berjalan selepas 16 tahun kerana Beliau juga adalah salah seorang alumni UPM yang turut menyumbang kepada Alma mater.
ARCUPM mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang terutama sekali alumni UPM yang tidak lupa akan tempat mereka menimba ilmu. Sesuai dengan slogan "berilmu berbakti" dan "daripada alumni kepada UPM".
Tarikh Input: 26/09/2023 | Kemaskini: 20/11/2023 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor