Oleh : Nur Diyana Izan (Pelajar Latihan Industri FBMK)
Suntingan : Suziana Che Wil
SERDANG – Temuduga ahli jawatankuasa tertinggi Chapter Student Ambassador (CSA) sesi 2022/2023 telah dijalankan di bilik Warisan Menara Budi, Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) pada 9 November 2022.
Seramai enam calon telah menghadiri sesi temuduga ini yang terdiri daripada dua pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan. Temuduga ini dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom bersama penilai iaitu Encik Muhamad Fudhayl Omar dan Cik Aida Fitri Peli, Pegawai Eksekutif ARCUPM.
Temuduga ini diadakan untuk memilih calon yang berkelayakan untuk menerajui aktiviti dan program CSA yang dijalankan bagi sesi kali ini. Temuduga bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang itu berjalan lancar walaupun rangkaian talian menjadi cabaran kepada pihak ARCUPM.
“Saya akan terus memberi komitmen terhadap tugas yang bakal digalas demi kecemerlangan CSA. Saya juga berhasrat untuk meningkatkan asas keusahawanan dalam kalangan ahli CSA, di samping mereka menjana pendapatan dan mempelajari skil baharu dalam keusahawanan”. Itu antara hasrat dan matlamat yang ingin dicapai oleh Khairunnasyitah binti Shahriman, salah seorang ahli CSA yang tercalon dalam ahli jawatankuasa tertinggi CSA sesi 2022/2023.
ARCUPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon yang telah berjaya disenarai pendek dalam pencalonan ahli jawatankuasa tertinggi CSA pada kali ini. Harapan pihak ARCUPM agar ahli jawatankuasa tertinggi CSA yang bakal terpilih nanti akan terus memberikan komitmen dalam menggalas tanggungjawab mereka sebagai pemimpin CSA.
Tarikh Input: 17/11/2022 | Kemaskini: 11/01/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor