Temu Mesra Alumni Di Jabatan Hutan Wilayah Bintulu, Sarawak | Alumni Relations Centre
» NEWS » Temu Mesra Alumni di Jabatan Hutan Wilayah Bintulu, Sarawak

Temu Mesra Alumni di Jabatan Hutan Wilayah Bintulu, Sarawak

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

Bintulu, 26 September - Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah menganjurkan sesi Temu Mesra Alumni di Jabatan Hutan Wilayah Bintulu, Sarawak, yang turut dihadiri oleh Pengarah ARCUPM, YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad. Program ini merupakan salah satu usaha berterusan ARCUPM untuk menjejaki dan mengeratkan hubungan dengan para alumni UPM yang kini berkhidmat di pelbagai sektor di seluruh tempat, khususnya di Bintulu.

Dalam sesi temu mesra ini, ARCUPM berjaya mengesan tiga alumni UPM yang kini bertugas di Jabatan Hutan Wilayah Bintulu. Mereka ialah Encik Hwang Chiong Hee, alumni Kelas 2010 yang memegang jawatan sebagai Pegawai Wilayah Jabatan Hutan Wilayah Bintulu, Puan Dayang Suzana binti Awang Sallam, alumni Kelas 1996 yang berkhidmat sebagai Penolong Pemelihara Hutan, serta Puan Noorliza binti Jamin, alumni Kelas 2005 yang juga bertugas sebagai Penolong Pemelihara Hutan di jabatan tersebut.

Temu mesra ini bukan sahaja berjaya mengenal pasti alumni UPM di lokasi tersebut, tetapi juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara alumni dan alma mater. Pertemuan seperti ini memberikan peluang kepada alumni untuk berkongsi pengalaman dan cabaran dalam kerjaya masing-masing, selain membincangkan potensi kerjasama yang boleh diwujudkan antara pihak universiti dan agensi tempat mereka berkhidmat.

ARCUPM berharap sesi temu mesra ini dapat menjadi titik permulaan bagi jalinan yang lebih kukuh dan berpanjangan antara alumni dan universiti. Dengan adanya hubungan yang lebih rapat, para alumni diharap dapat terus menyumbang kepada perkembangan universiti, sama ada melalui perkongsian ilmu, pengalaman, atau bentuk kerjasama lain yang boleh memberi manfaat kepada generasi pelajar akan datang.

 

-akan dikemaskini-

Date of Input: 30/09/2024 | Updated: 30/09/2024 | shahirahalia

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:7:14:33~noCache