Sesi Tembual Coffee Table Book “50 Jewels Of UPM”: Bersama Cheong Jun Hoong | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Tembual Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Cheong Jun Hoong

Sesi Tembual Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Cheong Jun Hoong

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

 

SERDANG – 30 Jun 2021, Penerbitan Coffee Table Book 50 Jewels of UPM sekali lagi mengadakan sesi temubual Bersama tokoh alumni UPM iaitu Cheong Jun Hoong. Beliau merupakan alumni kelas 2019 daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Bergiat aktif dalam bidang sukan terjun, sehingga berjaya dinobatkan sebagai salah seorang penerjun negara untuk Sukan Olimpik Rio dan Tokyo pada  2021. Kejayaannya itu telah mengharumkan nama negara dan sekaligus membawa nama UPM Bersama-sama.

Jasa dan keringat yang diberikan dalam sukan terjun membuktikan graduan daripada UPM mempunyai nilai jati diri yang tinggi dan memberikan sepenuh komitmen kepada bidang yang diceburi.

Pastinya kisah kejayaan demi kejayaan yang di raih oleh Cheong Jun Hoong bakal dicatatkan menjadi pembakar semangat kepada generasi akan dating ke dalam Buku Coffee Table Book “50 Jewels of UPM yang diterbitkan khas sebagai tanda kenangan memperingati Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).

Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada Saudari Cheong Jun Hoong atas kejayaan yang dicapai dan juga atas kesudian meluangkan masa untuk Bersama sesi temubual ini.

 

Tarikh Input: 31/08/2021 | Kemaskini: 31/08/2021 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEeOAq~