Sekitar Mesyuarat Kali Ke-2, Majlis Makan Malam Amal UPM 2022 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sekitar Mesyuarat Kali ke-2, Majlis Makan Malam Amal UPM 2022

Sekitar Mesyuarat Kali ke-2, Majlis Makan Malam Amal UPM 2022

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG - Mesyuarat kali ke 2 untuk Majlis Makam Malam Amal UPM 2022 telah berlamgsung di Dewan Senat, UPM. 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni (HEPA). Mesyuarat pada kali ini adalah untuk membentangkan mengenai perjalanan Majlis Makan Malam Amal Kali ke-11, UPM dan melihat sejauhmana persediaan daripada pihak Jawatankuasa yang telah dilantik. 

Majlis Makan Malam Amal yang bakal dihadiri oleh para alumni UPM dari seluruh negara ini merupakan satu majlis tradisi yang yang diadakan secara dwi-tahunan. Namun pada edisi 2020 majlis ini tidak dapat diadakan disebabkan negara dilanda wabak pandemik Covid-19 dan pada tahun 2022 sekali lagi majlis gilang gemilang ini bakal diadakan dan dijangkakan akan menerima keberangkatan hadir DYMM Tuanku Canselor UPM sendiri. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) selaku sekretariat penganjur untuk majlis ini, ingin mengajak ke semua alumni UPM untuk turut hadir pada majlis ini nanti dan bersama-sama kita menyatakan kesungguhan pada hasrat universiti iaitu mahu menjadikan alumni UPM adalah alumni terbaik dan sentiasa kembali ke  alma mater untuk sama-sama menyumbang bakti. 

 

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming XI tahun 2022 kali kedua ini.

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 12/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEeIAv~