Sambutan Hari Bumi Demi Memberi Kesedaran Betapa Pentingnya Menjaga Kelestarian Alam Sekitar | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sambutan Hari Bumi Demi Memberi Kesedaran Betapa Pentingnya Menjaga Kelestarian Alam Sekitar

Sambutan Hari Bumi Demi Memberi Kesedaran Betapa Pentingnya Menjaga Kelestarian Alam Sekitar

Oleh: Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG - Sambutan Hari Bumi telah disambut di sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM). Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang turut menyambut Hari Bumi sebagai tanda solidariti demi menjaga dan menyelamatkan bumi dari kerosakan akibat pelbagai pencemaran yang dilakukan.

Sambutan Hari Bumi ini juga sebagai satu usaha untuk memberikan contoh teladan yang baik kepada generasi akan datang agar sentiasa menjaga bumi dan persekitaran agar sentiasa selamat, bersih dan aman. 

Sambutan yang dilakukan di peringkat UPM dengan tema ‘ Invest In Our Planet’ telah disambut serentak oleh seluruh PTJ di UPM dalam menzahirkan kecaknaan terhadap penjagaan alam sekitar. Lebih istimewa lagi YH. Prof. Dato’ Dr. Roslan turut berinteraksi Bersama PTJ menerusi aplikasi zoom untuk mengetahui sambutan di peringkat PTJ masing-masing.

Berkata pada majlis itu, Prof. Dato Dr. Roslan mengingatkan para warga UPM agar sentiasa menjadi kelestarian alam semula jadi dan seiring dengan aspirasi beliau iaitu demi mengekalkan reputasi UPM sebagai university paling lestari.

“Peralihan kepada gaya hidup lestari hanya dapat direalisasikan dengan matlamat yang jelas  dan memandangkan UPM sebagai universiti paling lestari dalam tempoh 12 tahun berturut-turut, agenda kampus hijau UPM akan terus diperkasakan,” katanya.

Pada majlis itu juga beliau turut melancarkan TV Kampus UPM iaitu PUTRA TV. Turut hadir pada majlis itu ialah, Timbalan Naib Canselor, (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari; Ketua Pustakawan UPM, Muzaffar Shah Kassim; Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat; Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman serta Pegawai Kanan Universiti.

 

Tarikh Input: 30/04/2022 | Kemaskini: 16/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEeLA0~